• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

AirAsia Yakin Perniagaannya Kembali Pulih Pada Pertengahan Tahun 2021

in Catalyst
A A
AirAsia Yakin Perniagaannya Kembali Pulih Pada Pertengahan Tahun 2021

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — AirAsia Group Bhd menjangkakan perniagaannya akan kembali ke paras sama seperti tempoh sebelum penularan COVID-19  di kebanyakan laluan penerbangannya menjelang pertengahan tahun 2021 atau mungkin lebih awal berikutan unjuran menyatakan bahawa perjalanan udara akan kembali pulih pada masa yang terdekat.

Presiden Kumpulan AirAsia (Penerbangan), Bo Lingam berkata perkembangan positif mengenai gelembung perjalanan yang sudah terbentuk di Asia dan jumlah yang banyak vaksin COVID-19 dalam peringkat akhir ujian merupakan berita baik bagi industri penerbangan.

“Perjalanan udara sangat adalah penting untuk ekonomi dunia dan AirAsia sudah pun melihat tanda-tanda pemulihan di pasaran domestik utama kami yang mendapat permintaan. 

“Perkhidmatan domestik AirAsia di Thailand sebagai contoh sudah hampir mencapai paras kapasiti 100 peratus sama seperti tempoh sebelum penularan wabak itu dan terdapat petunjuk positif yang serupa daripada seluruh kumpulan AirAsia termasuk di Malaysia, Indonesia dan Filipina, ia menunjukkan bahawa tempahan awal bagi perjalanan udara telah kembali pulih di pasaran utama,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Lingam berkata rangkaian lebih daripada 160 destinasi di seluruh Asia Pasifik, AirAsia berada dalam kedudukan yang baik di pasaran perjalanan udara untuk pulih lebih cepat daripada kebanyakan syarikat penerbangan lain.

“Bonus sebenarnya ialah sebahagian besar pasaran antarabangsa utama kami yang juga merupakan tarikan pelancongan seperti Thailand, Singapura, Australia, Korea Selatan, Indochina dan Taiwan, negara berkenaan dapat menangani wabak tersebut dan mereka akan membuka semula pintu sempadan lebih awal.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan niaga pelancongan dan lapangan terbang untuk memacu perjalanan udara domestik, pada masa yang sana membuat kemajuan yang baik dalam perbincangan mengenai pembentukan gelembung perjalanan pada destinasi antarabangsa berisiko rendah,” tambahnya.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In