Terdapat lebih daripada 900 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dan bilangan ini semakin bertambah setiap tahun. Untuk kita membuat kajian setiap satu syarikat ini seorang diri adalah sesuatu yang sangat rumit untuk dilakukan. Oleh itu, kita perlu membuat saringan untuk mendapatkan senarai syarikat yang menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan sahaja untuk dikaji dengan lebih terperinci.
Senang cerita, daripada banyak-banyak saham ini, kita nak senarai pendek atau membuat shortlist/watchlist. Daripada senarai pendek ini, senang untuk kita membuat Trading Plan, seterusnya beli saham-saham ini sekiranya ia trigger kita punya Entry Price (Harga Beli).
Terdapat banyak screener percuma yang kita boleh gunakan untuk membuat saringan kaunter-kaunter yang memenuhi kriteria yang kita tetapkan. Untuk kali ini, kita akan menggunakan screener Investing.com untuk membuat saringan saham syarikat di Bursa Malaysia.
Mari kita lihat 4 langkah mudah untuk membuat saringan saham dengan menggunakan Investing.com.
1. Tetapkan Kriteria
Sebelum membuat saringan saham, kita perlu menetapkan kriteria-kriteria syarikat atau saham yang kita inginkan. Di antara kriteria penting dalam pemilihan saham ini adalah harga saham, pertumbuhan pendapatan, pertumbuhan jualan, jumlah dagangan dan beberapa kriteria yang lain.
Berikut adalah contoh kriteria yang kita gunakan untuk membuat saringan syarikat dan saham berpotensi di Bursa Malaysia.

Selepas kita menetapkan kriteria syarikat untuk disaring, kita boleh meneruskan langkah seterusnya dengan memasukan kriteria-kriteria tersebut di dalam screener Investing.com.
2. Gunakan Screener Untuk Buat Saringan
Kita perlu melayari webiste Investing.com dan ikuti tiga langkah mudah seperti gambar di bawah.

Ia akan membawa kita ke laman saringan dan kita perlu menukar pilihan negara kepada negara Malaysia untuk saringan saham di Bursa Malaysia sebelum kita memasukkan komponen saringan yang kita mahukan.

Selepas itu, kita boleh memilih komponen kriteria yang sudah ditetapkan untuk screener ini membuat saringan syarikat untuk kajian kita seterusnya seperti gambar dibawah.

Sebaik sahaja kita memasukkan kesemua kriteria yang ditetapkan, screener ini akan membuat saringan syarikat dan saham yang memenuhi kriteria dan akan menyenaraikan syarikat-syarikat berikut.

Hasil daripada saringan ini, screener menyenaraikan hanya 31 daripada 949 syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Ini memudahkan kita memilih kaunter untuk dikaji secara lebih terperinci. Data-data syarikat ini juga boleh disimpan dalam bentuk excel jika kita mahu mencatatkan sebarang nota berkenaan syarikat-syarikat yang sudah disenarai pendek ini.
3. Lakukan Saringan Tambahan Secara Manual
Screener ini kemungkinan tidak mempunyai saringan tambahan yang kita mahu seperti nilai Return On Equity (ROE), status patuh syariah, pegangan institusi dan pelbagai lagi. Oleh itu, kita melakukan saringan tambahan secara manual dengan menggunakan website atau platform yang lain seperti Bursa Marketplace, KLSE Screener dan lain-lain lagi.
4. Muktamadkan Senarai Kajian
Sekiranya ada syarikat-syarikat yang tidak memenuhi kriteria tambahan berkenaan, kita boleh singkirkan syarikat berkenaan di dalam senarai kajian kita dan memuktamadkan senarai akhir syarikat-syarikat berkenaan untuk dikaji.
Hasil daripada kita melakukan empat langkah ini, kita sudah ada senarai pendek yang boleh dimasukkan di dalam watchlist kita.
Rumusan
Dengan melakukan saringan begini, ianya lebih mudah untuk kita membuat kajian terhadap saham yang memenuhi kriteria kita kerana kita tidak perlu melihat kesemua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia satu per satu. Sebaliknya kita hanya mengkaji dengan lebih terperinci tentang syarikat yang telah disenarai pendek sahaja. Saringan ini akan lebih berkesan jika kita mengikut kaedah atau nilai yang dicadangkan oleh pakar seperti kaedah C.A.N.S.L.I.M dan Five Magic Numbers.
ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.
Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx
Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa
Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…
Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.
Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)
Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.
➡️
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…
Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️