fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan aliran menaik untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kegiatan pembelian berterusan yang membabitkan kaunter berwajaran tinggi.

Para peniaga berkata prestasi menggalakkan ini adalah berikutan keyakinan terhadap tinjauan ekonomi yang semakin pulih.

Ketika ditutup petang ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 10.49 mata kepada 1,610.15 selepas bergerak antara 1,593.02 dan 1,613.34 sepanjang hari.

Pergerakan pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi 655 berbalas 648 manakala 445 kaunter tidak berubah, 416 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 16.40 bilion unit bernilai RM7.96 bilion daripada 16.10 bilion unit bernilai RM6.71 bilion pada Isnin.

Seorang peniaga berkata pasaran saham Asia bergerak bercampur-campur pada Selasa, didorong oleh pergerakan cergas semalaman Wall Street ekoran berita positif percubaan COVID-19 daripada kumpulan bioteknologi Moderna.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 16 sen kepada RM8.30, Public Bank melonjak 42 sen kepada RM18.90, TNB naik 22 sen kepada RM11.42, sementara Top Glove turun 20 sen kepada RM7 dan Petronas Chemicals menyusut 5.0 sen kepada RM6.65 .

Kaunter paling cergas, AT Systematization turun 1.5 sen kepada 24.5 sen, Lambo turun setengah sen kepada 4.0 sen, MTouche menambah satu sen kepada 11.5 sen, sementara Trive Property tidak berubah pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 81.73 mata pada 11,556.34, Indeks FBMT 100 meningkat 83.84 mata kepada 11,346.82, Indeks FBM Emas Shariah menambah 28.31 mata kepada 13,213.96, dan FBM 70 menokok 146.32 mata kepada 14,803.81.

FBM ACE, bagaimanapun, kerugian 251.14 mata kepada 11,319.25.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.54 mata kepada 157.74, Indeks Perladangan naik 34.20 mata kepada 7,311.60 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 311.81 mata kepada 14,455.69.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 8.71 bilion saham bernilai RM6.44 bilion daripada 7.35 bilion saham bernilai RM4.87 bilion pada hari Isnin.

Perolehan waran meningkat kepada 1.41 bilion unit bernilai RM223.38 juta daripada 1.05 bilion unit bernilai RM178.29 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE mengecil kepada 6.28 bilion saham bernilai RM1.30 bilion berbanding 7.70 bilion saham bernilai RM1.69 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 1.24 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (2.35 bilion), pembinaan (235.69 juta), teknologi (1.06 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (201.06 juta), hartanah ( 892.64 juta), perladangan (118.93 juta), REIT (18.90 juta), dana tertutup  (21,600), tenaga (845.55 juta), penjagaan kesihatan (331.06 juta), telekomunikasi dan media (44.96 juta), pengangkutan dan logistik (1.24 bilion) dan utiliti (127.87 juta).

– BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In