• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Catat Kenaikan Selepas Dibuka Rendah

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan selepas dibuka rendah hari ini memandangkan pelabur tetap positif terhadap unjuran ekonomi global yang cerah malah perkembangan mengenai vaksin COVID-19 memberikan lagi sokongan kepada pasaran, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, indeks penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.02 mata kepada 1,599.68 selepas dibuka 0.04 mata lebih rendah pada 1,599.62.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 434 berbanding 373 manakala 327 kaunter tidak berubah, 1,030 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.78 bilion bernilai RM858.26 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd saham berharga rendah mungkin meneruskan momentum meningkat mereka hari ini, didorong oleh pasaran yang dipacu mudah tunai.

“Kami menjangkakan FBM KLCI terus meningkat kepada melebihi paras psikologi 1,600 susulan kemajuan positif yang dicatatkan perkembangan vaksin COVID-19 oleh Moderna.

“Pada masa sama, kenaikan itu akan disokong oleh momentum kukuh Wall Street dalam tempoh semalaman, ditambah dengan jangkaan bahawa ekonomi terus mengalami pemulihan yang lebih pantas berbanding yang dijangkakan,” menurut firma itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 8.0 sen kepada RM8.22, Public Bank menokok 24 sen kepada RM18.72, TNB meningkat 4.0 sen kepada RM11.24, Petronas Chemicals menambah 2.0 sen kepada RM6.72, sementara Top Glove turun 53 sen kepada RM6.67.

Antara saham aktif, Trive Property naik setengah sen kepada 2.0 sen, MTouche menambah 1.5 sen kepada 12 sen, Pegasus tidak berubah pada 3.0 sen, sementara AT Systematization susut 1.5 sen kepada 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 0.94 mata kepada 11,473.67, Indeks FBM Emas Syariah susut 113.60 mata kepada 13,072.05, Indeks FBMT 100 meningkat 0.58 mata kepada 11,263.92, FBM 70 menambah 2.35 mata kepada kepada 14,659.84, dan FBM ACE merosot 89.56 mata kepada 11,480.53.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.63 mata kepada 157.83, Indeks Perladangan naik 8.74 mata kepada 7,286.14 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 228.99 mata kepada 14,372.87.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

10 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In