fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau lain mendapat rangsangan daripada momentum belian berterusan berikutan prospek ekonomi yang positif, kata para peniaga.

Pada penutup, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.97 mata kepada 1,599.66 selepas bergerak antara paras 1,587.06 dan 1,602.23 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 776 berbanding 532, manakala 388 kaunter tidak berubah, 468 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 16.10 bilion unit bernilai RM6.71 bilion daripada 12.58 bilion unit bernilai RM4.6 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Seorang peniaga berkata para pelabur memberikan reaksi yang baik kepada permeteraian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) semalam, perjanjian perdagangan bebas serantau terbesar di dunia. 

Seorang peniaga lain berkata petunjuk pasaran tempatan juga mendapat rangsangan daripada pengumuman Bank Negara Malaysia minggu lepas bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara susut hanya 2.7 peratus pada suku ketiga berbanding penguncupan 17.1 peratus pada suku kedua.

Bank pusat berkata prestasi KDNK yang bertambah baik itu adalah disebabkan oleh pembukaan semula ekonomi dan permintaan luar yang lebih baik.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 21 sen kepada RM8.14 dan Public Bank meningkat 72 sen kepada RM18.48, manakala TNB jatuh 12 sen kepada RM11.20, Top Glove susut 58 sen kepada RM7.20 dan Petronas Chemicals berkurangan 8.0 sen kepada RM6.70.

Dalam kalangan saham cergas, AT Systematization dan Nexgram naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada 26 sen dan 6.5 sen, manakala Metronic Global meningkat 2.0 sen kepada 19 sen dan MTouche menokok 3.5 sen kepada 10.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 64.62 mata kepada 11,474.61, Indeks FBMT 100 meningkat 59.30 mata kepada 11,263.34, Indeks FBM Emas Shariah turun 141.38 mata kepada 13,185.65 dan FBM 70 menokok 34.51 mata kepada 14,657.49.

FBM ACE melonjak 345.64 mata kepada 11,570.39.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.68 mata kepada 157.20, Indeks Perladangan susut 26.80 mata kepada 7,277.40 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 575.87 mata kepada 13,143.88.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 7.35 bilion saham bernilai RM4.87 bilion daripada 6.5 bilion saham bernilai RM3.2 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran naik kepada 1.05 bilion unit bernilai RM178.29 juta daripada 662.75 juta unit bernilai RM114.61 juta

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menokok kepada 7.70 bilion saham bernilai RM1.69 bilion berbanding 5.41 bilion saham bernilai RM1.28 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.06 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (3.48 bilion), pembinaan (269 juta), teknologi (313.94 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (198.77 juta), hartanah (344.01 juta), perladangan (106.52 juta), REITs (11.48 juta), dana tertutup (49,100), tenaga (907.38 juta), penjagaan kesihatan (161.77 juta), telekomunikasi dan media (104.85 juta), pengangkutan dan logistik (266.20 juta) dan utiliti (131.99 juta).

— BERNAMA

Share276ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In