• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seketika Pagi Ini Sebelum Susut Kerana Sikap Berhati-Hati Pelabur

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi buat seketika pagi ini sebelum meluncur turun kerana beberapa pelabur masih lagi mengambil sikap berhati-hati terhadap tinjauan ekonomi global meskipun keyakinan terhadap vaksin COVID-19 sedikit sebanyak turut memberi sokongan kepada pasaran, kata seorang peniaga.

Pada pukul 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) lega 0.88 mata kepada 1,588.81 selepas dibuka 3.66 mata lebih tinggi pada 1,593.35.

Saham untung mengatasi rugi dengan 403 berbalas 245 manakala 382 kaunter tidak berubah, 1,134 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 1.71 bilion bernilai RM465.69 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, aliran masuk dana asing selama tiga hari berturut-turut ke pasaran tempatan minggu lepas akan terus membantu memberikan sokongan kepada mana-mana kelemahan dalam tempoh terdekat ini.

“Data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi suku ketiga 2020 yang lebih kukuh daripada jangkaan telah melonjakkan FBM KLCI untuk pulih daripada kerugian sehariannya Jumaat lepas.

“Dengan momentum belian belum lagi berkurangan, pergerakan menaik masih lagi dapat dilihat pada paras halangan seterusnya 1,600-1,615 sementara sokongan semerta ditetapkan pada 1,540, diikuti oleh 1,520,” katanya dalam satu nota hari ini.

Sementara itu, firma penyelidikan itu turut berpendapat dengan muktamadnya Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), ia adalah petanda baik untuk Malaysia serta 14 negara lain yang menyertainya kerana perjanjian ini akan mengukuhkan perdagangan antara negara-negara ini.

“Bergerak ke hadapan, pelabur akan memberi tumpuan kepada pengumuman prestasi pendapatan oleh beberapa syarikat korporat, yang dijangka mencatatkan pemulihan ketara tempoh suku ke suku,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun lima sen kepada RM7.88, Public Bank menyusut enam sen kepada RM17.70, TNB jatuh dua sen kepada RM11.30, Top Glove lebih rendah 10 sen kepada RM7.68, dan Petronas Chemicals merosot tiga sen kepada RM6 .75.

Saham paling cergas pula, AT Systematization naik 3.5 sen kepada 29 sen, Metronic Global dan Nexgram masing-masing meningkat setengah sen kepada 17.5 sen dan 6.5 sen, sementara MTouch menambah 1.5 sen kepada 8.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 4.21 mata pada 11,414.20, Indeks FBM Emas Shariah naik 3.88 mata kepada 13,330.91, Indeks FBMT 100 meningkat 1.33 mata kepada 11,205.37, FBM 70 mengukuh  31.49 mata kepada 14,654.47, dan FBM ACE meningkat 61.49 mata kepada 11,286.24.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian memperoleh 0.35 mata kepada 156.87, Indeks Perladangan merosot 8.61 mata kepada 7.295.59 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 2.75 mata kepada 13.570.76.

– BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In