fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini lebih tinggi, sejajar dengan prestasi di kebanyakan bursa Asia yang lain selepas para pelabur memberikan tindak balas positif kepada pemeteraian perjanjian dagangan bebas serantau terbesar dunia, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) semalam, kata seorang peniaga.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 4.76 mata kepada 1,594.45 selepas bergerak antara 1,587.06 dan 1,596.94 sepanjang sesi urus niaga.

Kaunter untung mengatasi rugi dengan 670 berbalas 510 sementara 383 kaunter tidak berubah, 601 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 10 bilion saham bernilai RM3.59 bilion.

Sebanyak 15 negara, termasuk Malaysia telah memeterai perjanjian RCEP pada Ahad, hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-37 yang dihoskan oleh Vietnam secara maya berikutan penularan pandemik COVID-19 pada masa ini.

Seorang peniaga berkata pasaran tempatan turut disokong oleh data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga yang lebih baik daripada jangkaan seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia minggu lepas.

Bank pusat mengumumkan ekonomi Malaysia telah meningkat dengan mencatatkan penguncupan yang lebih kecil iaitu 2.7 peratus pada suku ketiga 2020 berbanding -17.1 peratus suku sebelumnya.

Bank Negara berkata pemulihan itu sebahagiannya besarnya dicerminkan oleh pembukaan semula ekonomi daripada langkah-langkah pembendungan COVID-19 dan keadaan permintaan luaran yang lebih baik.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 11 sen kepada RM8.04, Public Bank meningkat 38 sen kepada RM18.14, tetapi TNB turun 22 sen kepada RM11.10, Top Glove menyusut 29 sen kepada RM7.49 dan Petronas Chemicals lebih rendah 8.0 sen kepada RM6 .70.

Kaunter paling cergas pula, AT Systematization naik 1.0 sen kepada 26.5 sen, Metronic Global meningkat 2.5 sen kepada 19.5 sen, Nexgram menambah setengah sen kepada 6.5 sen sementara Lambo tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 39.17 mata pada 11,449.16, Indeks FBMT 100 mengukuh 35.30 mata kepada 11,239.34, tetapi Indeks FBM Emas Syariah susut 93.27 mata kepada 13,233.76, dan FBM ACE melonjak 195.37 mata kepada 11,420.12.

Indeks FBM 70 pula memperoleh 53 mata kepada 14,675.90.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.12 mata kepada 156.40, Indeks Perladangan susut 31.35 mata kepada 7,272.85, tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 331.52 mata kepada 13,899.53.

– BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

5 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In