• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini walaupun penguncupan kecil dalam keputusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.6 mata kepada 1,587.18 selepas turun naik antara 1,572 dan 1,588.71 sepanjang sesi.

Penurunan dalam indeks utama berkurangan hingga sesi tengah hari dari awal dagangan pagi ini berikutan pengumuman mengenai KDNK.

Bank Negara Malaysia mengumumkan ekonomi Malaysia bertambah baik dengan mencatatkan penguncupan yang lebih kecil sebanyak 2.7 peratus pada suku ketiga 2020 daripada -17.1 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Bank pusat itu berkata keadaan yang bertambah baik ini sebahagian besarnya mencerminkan pembukaan semula ekonomi selepas pelaksanaan langkah pembendungan COVID-19 dan keadaan permintaan luaran yang bertambah baik.

“Pertumbuhan yang lebih baik dicatatkan merentas kebanyakan sektor, khususnya dalam sektor perkilangan yang berubah menjadi positif susulan aktiviti pengeluaran elektrik dan elektronik yang kukuh. 

“Dari segi perbelanjaan, permintaan dalam negeri menguncup pada kadar yang lebih perlahan, manakala eksport bersih meningkat semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi kembali pulih untuk mencatatkan peningkatan sebanyak 18.2 peratus, menurut BNM.

Di Bursa Malaysia, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 582 berbanding 457, manakala 888 kaunter tidak berubah, 258 tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 7.45 bilion saham bernilai RM2.42 bilion.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank susut 16 sen kepada RM17.76, Tenaga merosot 18 sen kepada RM11.30 dan Petronas Chemicals berkurangan dua sen kepada RM6.81.

Maybank dan Tenaga, masing-masing meningkat enam sen kepada RM7.86 dan RM7.76, manakala Hartalega tidak berubah pada RM15.36.

Daripada saham cergas, AT Systematization naik 2.5 sen kepada 24.5 sen, Xidelang susut satu sen kepada 8.5 sen, Nexgram meningkat setengah sen kepada 5.5 sen dan Metronic menambah satu sen kepada 14 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 17.02 mata kepada 11,388.32, Indeks FBMT 100 merosot 20.47 mata kepada 11,184.33, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 11.19 mata kepada 13,309.57 dan FBM ACE turun 160.92 mata kepada 11,191.22.

Bagaimanapun, FBM 70 naik 1.71 mata kepada 14,589.31.

Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.43 mata kepada 156.65, Indeks Perladangan naik 3.4 mata kepada 7,284.05, bagaimanapun Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 68.16 mata kepada 13,514.45.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In