• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Ditutup Rendah Sedikit Meskipun Prestasi Baik KDNK Pada Suku Ketiga

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini meskipun pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga yang lebih baik daripada dijangkakan.

Pada penutup, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.09 mata kepada 1,589.69 selepas bergerak antara paras 1,572 dan 1,592.19 sepanjang hari dagangan.

Indeks utama itu berada di bahagian negatif sepanjang sesi pagi tetapi dapat mengimbangi semula penurunan pada sesi petang susulan pengumuman oleh Bank Negara Malaysia KDNK hanya susut sebanyak 2.7 peratus pada Suku Ketiga berbanding 17.1 peratus pada suku kedua. 

Bagaimanapun, minat risiko masih kekal lemah apabila ramai pelabur telah mengambil kira keputusan Suku Ketiga 2020 itu. 

Sementara itu, Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata KDNK Suku Ketiga itu telah mengatasi anggaran konsensus pertumbuhan -4.6 peratus.

“Jika kita lihat kepada Indeks Permodalan Kecil Bursa, ia meningkkat sebanyak 0.63 peratus hari ini.

“Jadi ini mungkin disebabkan kerajaan bersetuju dengan cadangan Barisan Nasional untuk melanjutkan moratorium pinjaman; justeru ramai pelabur runcit akan memasuki pasaran untuk membeli saham berharga bawah seringgit,” katanya kepada Bernama apabila ditanya sama ada pemain pasaran tidak mengambil kira keputusan KDNK itu.

Sementara itu, di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 650 berbanding 531, manakala 450 kaunter tidak berubah, 539 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung. 

Jumlah dagangan turun kepada 12.58 bilion unit bernilai RM4.6 bilion daripada 16.56 bilion unit bernilai RM5.88 bilion pada Khamis.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Hap Seng Consolidated menerajui kaunter rugi susut sebanyak 4.74 peratus pada Jumaat manakala Press Metal mencatatkan kenaikan terbesarnya sebanyak 3.5 peratus.  

Maybank naik 13 sen kepada RM7.93, Top Glove meningkat lapan sen kepada RM7.78 dan Hartalega menokok dua sen kepada RM15.38.

Public Bank dan Tenaga turun 16 sen setiap satu masing-masing kepada RM17.76 dan RM11.32, manakala Petronas Chemicals berkurangan lima sen kepada RM6.78.

Dalam kalangan kaunter cergas, AT Systematization naik 3.5 sen kepada 25.5 sen, Metronic meningkat empat sen kepada 17 sen dan Nexgram menokok satu sen kepada enam, tetapi Xidelang susut satu sen kepada 8.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 4.65 mata kepada 11,409.99, Indeks FBMT 100 meningkat 1.05 mata kepada 11,204.04, Indeks  FBM Emas Shariah menokok 6.26 mata kepada 13,327.03 dan FBM 70 menambah 35.38 mata kepada 14,622.98.

Bagaimanapun, FBM ACE turun 127.39 mata kepada 11,224.75.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.3 mata kepada 156.52 dan Indeks Perladangan meningkat 23.55 mata kepada 7,304.2 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 14.6 mata kepada 13,568.01.

Jumlah dagangan Papan Utama turun kepada 6.5 bilion saham bernilai RM3.2 bilion daripada 8.37 bilion saham bernilai RM4.2 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran turun sedikit kepada 662.75 juta unit bernilai RM114.61 juta daripada 687.1 juta unit bernilai RM103.83 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 5.41 bilion saham bernilai RM1.28 bilion berbanding 7.5 bilion saham bernilai RM1.57 bilion.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.17 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (3.08 bilion), pembinaan (197.29 juta), teknologi (367.77 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (94.5 juta), hartanah (283.97 juta), perladangan (100.24 juta), REITs (9.47 juta), dana tertutup (20,800), tenaga (295.08 juta), penjagaan kesihatan (79.24 juta), telekomunikasi dan media (74.84 juta), pengangkutan dan logistik (318.36 juta) dan utiliti (426.3 juta).

— BERNAMA

Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In