• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Dibuka Rendah

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur mengambil petunjuk daripada penurunan semalaman di Wall Street, dengan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam saham wajaran tinggi.

Pada 9.09 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 16.17 mata kepada 1,574.61 selepas dibuka rendah 2.4 mata kepada 1,588.38.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 272 berbanding 243, manakala 355 kaunter tidak berubah, 1,300 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.03 bilion bernilai RM289.46 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pelabur akan beralih tumpuan kepada data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2020, yang akan menyaksikan penguncupan yang sederhana berbanding suku tahun sebelumnya berikutan aktiviti ekonomi telah disambung semula secara berperingkat.

“Pada masa ini, kami berpendapat indeks utama akan meningkat dan dijangka merosot dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, saham berharga rendah terus disokong oleh pasaran yang dipacu mudah tunai berikutan pelabur memanfaatkan sentimen pasaran yang positif,” katanya dalam nota hari ini.

Dari segi sektor, firma penyelidikan itu terus memilih sektor perladangan, berikutan harga minyak sawit mentah yang tinggi akan terus meningkat dalam masa terdekat.

Berdasarkan potensi turun naik yang baharu, harga emas yang meningkat semula dijangka turut mewujudkan minat dagangan baharu dalam saham berkaitan emas, katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals, masing-masing susut 10 sen kepada RM7.70 dan RM6.73, Public Bank merosot 28 sen kepada RM17.64 dan Tenaga berkurangan 26 sen kepada RM11.22.

Bagaimanapun, Top Glove naik enam sen kepada RM7.76 dan Hartalega meningkat empat sen kepada RM15.40.

Daripada saham cergas, Xidelang susut setengah sen kepada sembilan sen, Metronic dan AT Systematization, masing-masing naik setengah sen kepada 13.5 sen dan 22.5 sen, Salcon menambah 1.5 sen kepada 39.5 sen dan Netx meningkat satu sen kepada 17.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 85.06 mata kepada 11,320.28, Indeks FBM Emas Shariah merosot 71.93 mata kepada 13,248.84 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 83.97 mata kepada 11,119.02.

FBM 70 naik 7.97 mata kepada 14,595.57 dan FBM ACE menambah 18.98 mata kepada 11,371.12.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.45 mata kepada 155.77, Indeks Perladangan merosot 53.26 mata kepada 7,1227.39 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 190.76 mata kepada 13,391.85. 

— BERNAMA

Share209ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In