• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Trump Vs Biden, Apa Perlu Kita Ambil Tahu Sebagai Pedagang

in Trading Idea
A A
Trump Vs Biden, Apa Perlu Kita Ambil Tahu Sebagai Pedagang
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Orang kata ‘history repeats itself’, begitu juga halnya dengan pasaran saham. Untuk itu, kita perlu mengimbau sejarah Pilihanraya Presiden yang sebelum ini, yang telah diadakan pada tahun 2016.

Donald Trump vs Hillary Clinton, Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2016

Pada tahun 2016 yang lalu, sewaktu pilihan raya diAmerika Syarikat sedang berlangsung, indeks Bursa Malaysia diniagakan dalam aliran menaik. Ini kerana banyak ramalan bahawa kemenangan pilihan raya akan memihak kepada Hillary Clinton. Namun  sejurus diumumkan Donald Trump berjaya menduduki Rumah Putih sebagai Presiden baru, indeks pasaran terus bertindak sebaliknya.

Pergerakan ini bukan terjadi diBursa Malaysia sahaja, pasaran serantau turut menerima impak yang sama dengan kejatuhan indeks yang agak ketara susulan kebimbangan pelabur terhadap polisi baru yang bakal diperkenalkan Trump. Dalam manifesto Trump, polisi yang bakal diperkenalkan olehnya banyak berpihak kepada keuntungan Amerika Syarikat dan sangat tidak mesra dengan ekonomi luar khususnya yang dengan China. Ini akan memberi kesan negatif ke atas ekonomi negara lain secara keseluruhannya.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Ringgit Malaysia juga turut tertejas dengan menerima tekanan jualan yang tinggi ekoran kejatuhan harga minyak mentah dunia. Ini telah memberi kesan negatif terhadap pasaran saham tempatan secara keseluruhannya kecuali kaunter-kaunter yang berkaitan dengan aktiviti eksport. Kebimbangan pelabur bertambah apabila  Amerika Syarikat berkemungkinan bakal menaikkan kadar faedahnya yang seterusnya memberi impak yang buruk terhadap pasaran saham tempatan.

Sekiranya kita masih ingat, di antara keputusan besar yang diambil oleh Donald Trump sebaik sahaja menduduki Rumah Putih adalah dengan membatalkan  Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Perjanjian ini telah ditandatangani oleh  12 negara seperti Malaysia, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat yang menguasai 40% daripada ekonomi global. Namun, tanpa Amerika Syarikat bersetuju dengan perjanjian TPPA ini, akhirnya perjanjian tersebut terbatal.

Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2020

Pergerakan pasaran saham hari ini dipengaruhi oleh dua faktor utama iaiatu faktor luaran seperti pilihan raya  Amerika Syarikat yang berlangsung pada 3 November 2020 dan faktor dalaman seperti keputusan kadar faedah (OPR) oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dan pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November 2020.

Selain itu juga, Index S&P 500 di Amerika Syarikat jatuh sebanyak 0.04% pada tempoh 31 Julai 2020 sehingga 31 Oktober 2020. Sejak tamat Perang Dunia Kedua , Indeks S&P 500 ini menjadi kayu ukur untuk menentukan sama ada presiden dan parti yang sama akan kekal di Rumah Putih atau sebaliknya. Pada kadar 88%, sekiranya indeks tersebut jatuh dalam jangka masa tiga bulan terakhir sebelum pilihan raya, parti atau presiden yang bakal bertanding tersebut tetap akan kalah.

Namun, kita juga perlu ingat bahawa penganalisa politik di Wall Street sebenarnya gagal meramal kemenangan Presiden Donald Trump pada tahun 2016 yang lalu.

S&P 500 merupakan indeks pasaran saham yang mengukur prestasi saham top 500 syarikat  yang tersenarai di bursa saham Amerika Syarikat. Syarikat di dalam S&P500 mewakili kira-kira 75% daripada keseluruhan pasaran saham di Amerika Syarikat.

Oleh itu, indeks ini diambil sebagai kayu ukur penting bagi meneliti prestasi saham di negara tersebut.

Donald Trump VS Joe Biden

‘Blue Wave’, atau pun gelombang biru yang menjadi warna rasmi Parti Demokrat sedang hangat dibincangkan pada ketika ini. Calon Presiden daripada Parti Demokrat, Joe Biden dilihat lebih cenderung untuk membangunkan pelan stimulus ekonomi pasca Covid-19 dengan bajet berjumlah USD3 trilion, jauh meninggalkan cadangan pelan stimulus ekonomi yang dirancang oleh Presiden Donald Trump yang hanya berjumlah USD1.8 trilion.

Pelan pemulihan ekonomi seperti ini sangat dinantikan oleh pelabur bagi merancakkan semula ekonomi yang terjejas teruk disebabkan pandemik.

Pelabur sudah mula mendekati saham-saham berkaitan tenaga boleh diperbaharui yang lebih mesra dengan komitmen Parti Demokrat. Contohnya, peningkatan nilai bagi Invesco Solar ETFs sebanyak 150% pada tahun ini telahjauh mengatasi peningkatan nilai saham lain pasca pandemik.

Selain itu juga, syarikat tenaga solar dan kuasa angin seperti NextEra telah berjaya mencecah nilai pasaran yang setara dengan ExxonMobil dan Chevron, yang merupakan dua gergasi syarikat minyak di Amerika Syarikat.

Petanda dan dapatan sebegini merupakan analisa yang perlu dihadam sebagai seorang pelabur untuk melihat dan membaca pasaran saham pasca Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat.


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Share306ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In