• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Metodologi Saringan Patuh Syariah Saham-Saham Di Bursa Malaysia

in Asas Saham
A A
Metodologi Saringan Patuh Syariah Saham-Saham Di Bursa Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Sebelum membeli sesebuah saham, adalah penting bagi yang beragama Islam untuk memastikan status Syariah saham tersebut bagi mengelakkan kesilapan terbeli saham yang tak patuh syariah. Di Bursa Malaysia, status syariah saham-saham akan dikemas kini dua kali dalam tempoh setahun, iaitu pada bulan Mei dan November setiap tahun.

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan dan mengemas kini saham-saham yang dikelaskan sebagai Sekuriti patuh Syariah yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Senarai yang dikemas kini ini menyediakan rujukan pelaburan bagi dana amanah saham Islam, dana Takaful, syarikat/perkhidmatan broker saham Islam dan pelabur yang mencari pelaburan yang patuh Syariah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 29 Mei 2020, secara keseluruhannya terdapat 697 saham di Bursa Malaysia yang patuh syariah. Di bawah merupakan pecahan bilangan saham patuh syariah mengikut sektor di Bursa Malaysia.


Sumber : Suruhanjaya Sekuriti

Ini pula merupakan senarai saham yang bertukar status daripada tidak patuh syariah kepada patuh syariah.

Sumber : Suruhanjaya Sekuriti

Berikut pula merupakan senarai saham yang terkeluar daripada senarai saham patuh syariah.

Sumber : Suruhanjaya Sekuriti

Para pelabur bertanggungjawab terhadap pelaburan masing-masing, oleh itu penting untuk kita tahu. medologi saringan syariah yang dilakukan di Bursa Malaysia.

Tahap 1: Tanda Aras Aktiviti Perniagaan

Sumbangan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan dan keuntungan sebelum cukai keseluruhan sesebuah syarikat akan dikira dan dibandingkan dengan tanda aras aktiviti perniagaan yang relevan seperti berikut:

(i) Tanda aras 5%

Tanda aras 5% ini diguna pakai bagi perniagaan/ aktiviti berikut:

  • perbankan konvensional;
  • insurans konvensional;
  • perjudian;
  • arak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
  • babi dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
  • makanan dan minuman tidak halal;
  • hiburan tidak patuh Syariah;
  • tembakau dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
  • pendapatan faedah daripada akaun dan instrumen konvensional (termasuk pendapatan faedah yang diterima berikutan daripada keputusan mahkamah atau penimbang tara dan dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah); dan
  • aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh Syariah.

Tanda aras 5% ini diguna pakai bagi perniagaan / aktiviti berikut seperti perbankan konvensional, insuran konvensional, perjudian, arak, makanan dan minuman tidak halal dan banyak lagi. Bagi perniagaan/ aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/ aktiviti tidak patuh syariah kepada perolehan kumpulan atau keuntungan sebelum cukai kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada 5% (< 5%).

(ii) Tanda aras 20%

Tanda aras 20 % ini diguna pakai bagi perniagaan/aktiviti berikut seperti operasi hotel dan rumah peranginan, jual beli saham, pembrokeran saham, sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh syariah dan aktiviti-aktivti lain yang diputuskan sebagai tidak patuh syariah. Bagi perniagaan/ aktiviti yang disenaraikan di atas, sumbangan daripada perniagaan/ aktiviti tidak patuh syariah kepada perolehan kumpulan atau keuntungan sebelum cukai kumpulan sesebuah syarikat mestilah kurang daripada 20% (< 20%).

Tahap 2: Tanda Aras Nisbah Kewangan

Bagi tanda aras nisbah kewangan, MPS SC mengambil kira perkara berikut:

(i) Tunai ke atas Jumlah Aset

Tunai yang diambil kira ialah tunai yang ditempatkan dalam akaun dan instrumen konvensional, manakala tunai yang ditempatkan dalam akaun dan instrumen Islam tidak diambil kira dalam pengiraan ini.

(ii) Hutang ke atas Jumlah Aset

Hutang yang diambil kira ialah hutang yang berteraskan faedah, manakala pembiayaan secara Islam ataupun sukuk tidak diambil kira dalam pengiraan ini. Setiap nisbah di atas, yang bertujuan untuk menilai riba dan elemen berteraskan riba dalam penyata kedudukan kewangan sesebuah syarikat, mestilah kurang daripada 33% (< 33%).

Tahap 3: Saringan Kualitatif

Di samping kriteria kuantitatif dua peringkat di atas, Majlis Penasihat Syariah juga mengambil kira aspek kualitatif yang melibatkan persepsi masyarakat umum atau imej aktiviti syarikat dari perspektif ajaran Islam.

Sentiasa Peka Dengan Senarai Baru Setiap Mei Dan November

Sekarang kita dah tahu metodologi yang digunakan untuk menentukan status patuh Syariah sesebuah saham syarikat, kita perlu peka dengan senarai baru yang dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia setiap bulan Mei dan November.

Ambil tahu juga tindakan kita seterusnya, apabila Saham Patuh Syariah Bertukar Status Jadi Tidak Patuh Syariah, Apa Nak Buat?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share918ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In