• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Saham-Saham Yang Dijangka Mendapat Manfaat Daripada Peruntukan RM15 Bilion Bagi Projek Di Malaysia

in Berita, Catalyst
A A
Saham-Saham Yang Dijangka Mendapat Manfaat Daripada Peruntukan RM15 Bilion Bagi Projek Di Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan banyak projek pembangunan akan dilaksanakan. Dalam Belanjawan 2021 yang baru dibentangkan, Menteri Kewangan Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memperuntukkan sebanyak RM15 bilion untuk membiayai projek-projek mega seperti Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, dan Landasan Berkembar Lembah Klang fasa pertama.

Lebuhraya Pan Borneo

Sumber : Berita Harian

Lebuhraya Pan Borneo juga dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo. Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sarawak sepanjang 786.41kilometer ini mula dibina pada Oktober 2015 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos 2022. Di antara kontraktor utama yang terlibat dalam projek lebuhraya mega ini adalah Maltimur Resources Sdn Bhd, Konsortium URW Sdn Bhd, Konsortium KPE Sdn Bhd, Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd, Samling Resources Sdn Bhd, Zecon Kimlun Consortium Sdn Bhd, HSL DMIA JV Sdn Bhd dan Naim Gamuda JV Sdn Bhd.

Daripada senarai di atas terdapat dua buah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu Naim dan Zecon. Ketika artikel ini ditulis, harga saham Naim hanyalah 79 sen dan Zecon pula berharga 54 sen. Kedua-dua buah syarikat ini mempunyai fundamental yang baik.

Meskipun laporan kewangan kedua-dua syarikat ini mencatatkan kerugian pada suku terkini, namun tiada apa yang harus dibimbangkan kerana dua buah syarikat ini merupakan syarikat yang gah di negeri Sarawak dan sudah pastinya akan terus terlibat dalam pembangunan negeri Sarawak.

Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru

Sumber : Bernama

Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru (PLBEGJB) merupakan projek di bawah Kementerian Pengangkutan. Ianya merupakan pelengkap kepada keseluruhan Projek Landasan Berkembar Elektrik KTMB di laluan pantai barat Semenanjung Malaysia, daripada Padang Besar sehingga Johor Bahru. Landasan berkembar ini bermula di Gemas selepas stesen KTMB dan akan melalui 4 daerah di dalam negeri Johor iaitu Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru; sebelum berakhir di stesen KTMB JB Sentral.

Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2022. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata PLBEGJB dibina dengan kos RM9.55 bilion yang juga merupakan di antara projek infrastruktur terbesar negara ini, mengalami kelewatan 1.6 peratus berbanding jadual asalnya.

Pada awalnya PLBEGJB dijangka siap pada 2021, namun berikutan isu pengambilan semula tanah yang perlu diselesaikan selain penularan pandemik COVID-19 yang berlaku, ianya telah menyebabkan pembinaannya tertangguh.

Sumber : Kementerian Pengangkutan Malaysia

Landasan Berkembar Lembah Klang

Landasan Berkembar Lembah Klang atau Klang Valley Double Track Project (KVDT2) membabitkan usaha baik pulih dan naik taraf landasan kereta api KTMB sepanjang 265 kilometer meliputi kawasan dari Salak Selatan ke Seremban, dan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang.

Fasa pertama melibatkan kerja-kerja naik taraf sistem di antara Rawang dan Seremban, dan dari Sentul ke Pelabuhan Klang; bagi jarak sepanjang kira-kira 150 kilometer yang menelan belanja sebanyak RM1.3 bilion.

Sumber : Kementerian Pengangkutan Malaysoa

Daripada peruntukan yang besar ini, sektor pembinaan dijangka akan kembali bernafas setelah mengalami saat getir sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Syarikat-syarikat lain yang ada di dalam sektor pembinaan yang bakal mendapat tempiasnya adalah seperti Gamuda, MMCORP, Gadang, Gkent, IJM, WCT, GBGAQRS, Suncon, Muhibbah, CMSB dan Bpuri.

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.

Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️

Share475ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In