• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 7, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

4 Kaunter Penjagaan Kesihataan Yang Dijangka Mendapat Manfaat Daripada Belanjawan 2021

in Catalyst
A A
4 Kaunter Penjagaan Kesihataan Yang Dijangka Mendapat Manfaat Daripada Belanjawan 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sumber : Semakan Online

Belanjawan 2021 telah dibentangkan pada 6 November 2020, hari Jumaat yang lalu oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Ia adalah Belanjawan pertama dibentangkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada bulan Mac yang lalu. Ianya merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah yang bernilai RM322.5 bilion, sekaligus membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.

Melihat kepada situasi pandemik Covid-19 yang tiada tanda akan berakhir dalam tempoh terdekat, jumlah belanjawan ini dilihat sesuai dan tepat pada waktunya kerana negara sememangnya memerlukan imbuhan bagi menaikkan semula semua sektor ekonomi negara agar dapat pulih seperti sediakala. Oleh kerana kesejahteraan rakyat merupakan keutamaan, pihak kerajaan memperuntukkan RM475 juta bagi pembelian kit saringan, bekalan reagen dan bahan guna habis (consumables) untuk Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mari lihat kaunter mana yang akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini.

1. MyEG Services Berhad (MyEG)

Baru-baru ini MYEG telah mengumumkan bahawa mereka telah memeterai perjanjian dengan Kerajaan Malaysia untuk menyediakan platform pembayaran bagi segala bayaran yang berkaitan dengan Covid-19. Maksudnya di sini ialah, sekiranya ada pihak yang ingin membuat pembayaran kepada pihak kerajaan, mereka boleh membuat pembayaran melalui platform MyEG. Perjanjian ini adalah sah selama dua tahun daripada 1 November 2020 sehingga 31 Oktober 2022.

Perjanjian ini dijangka akan menyumbang secara positif kepada Earnings Per Share (EPS) syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020 dan seterusnya.

Sumber : Malaysiastock.biz

2. Ho Wah Genting Berhad (HWGB)

Ho Wah Genting Berhad menerusi anak syarikatnya HWGB Medical Devices & Supplies Sdn Bhd telah memperolehi lesen daripada Badan Peralatan Perubatan (Medical Device Authority) dan ianya telah diumumkan pada30 Oktober yang lalu. Dengan ini, HWGB bakal menjadi wakil pembekal tempatan bagi import, penyimpanan dan pengurusan, pengedaran, pemasangan, percubaan dan dokumentasi untuk semua peralatan perubatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber : Malaysiastockbiz

3. Aco Group Berhad (ACO)

ACO Group adalah syarikat pengedar produk dan aksesori berkaitan elektrikal khusus dalam kabel, wayar dan aksesori, mengedar barangan elektrik dan alat perlindungan dan kawalan. ACO telah bekerjasama dengan sebuah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan teknologi kesihatan iaitu Prima Nexus untuk mengedar kit ujian Covid-19. Dengan penyambungan semula aktiviti ekonomi dan perniagaan secara berperingkat di seluruh Malaysia, syarikat mengambil langkah dalam mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat.

Ujian Covid-19 menggunakan alat ujian pantas yang mengesan antibodi adalah salah satu ujian yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pekerja yang ingin kembali ke tempat kerja.

Sumber : Malaysiastock.biz

4. K-One Technology Berhad (K1)

Ada dua catalyst penting bagi kaunter bernama K1 ini. Pertama, pengumuman yang bertarikh 3 September 2020, K1 telah mengumumkan alat kit saringan Covid-19 (nasal swab) yang dibangunkan oleh syarikat tersebut telah diluluskan oleh Badan Peralatan Perubatan (Medical Device Authority) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pembuatan kit saringan Covid-19 ini akan menggunakan kaedah 3D printing. Mereka juga ingin menerokai pasaran global kerana terdapat permintaan yang tinggi disebabkan bilangan kes yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Catalyst yang kedua adalah mencapai lesen perjanjian dengan sebuah syarikat di United Kingdom iaitu Star Syringe, bagi mengeluarkan ‘Syringe Safety Needle Cap’ di Malaysia dan akan diedarkan ke seluruh dunia. Dengan kedua-dua catalyst ini, ia dilihat akan diterjemahkan dalam prestasi laporan kewangan K1 pada masa hadapan.

Sumber : Malaysiastock.biz

Selain senarai kaunter di atas, terdapat juga saham-saham lain yang dijangka mendapat manfaat seperti kaunter syarikat yang berkaitan dengan pembekalan kit saringan, bekalan reagen dan bahan guna habis (consumables) untuk kegunaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di antaranya adalah LKL, BCMALL dan SCOMNET. Diharapkan agar peruntukan ini akan diguna sebaik mungkin untuk kita menangani wabak Covid-19 ini dengan jayanya.

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.

Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️ 

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ 

Share359ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In