fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh Pada Sesi Tengah Hari

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi berbanding prestasi bercampur-campur rakan bursa serantau lain, dipacu oleh kegiatan sokongan belian yang kukuh membabitkan kaunter berkaitan indeks.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 8.0 mata kepada 1,578.08 selepas bergerak antara 1,558.71 dan 1,584.47 sepanjang sesi pagi.

Kebanyakan pasaran serantau utama berada dalam trend menurun selepas kemunculan kegiatan pengambilan untung.

Hang Seng Hong Kong menyusut 0.4 peratus kepada 26,122.52, Straits Times Singapura menguncup 0.37 peratus kepada  2,703.37 tetapi Nikkei 225 Jepun meningkat sedikit sebanyak 0.08 peratus kepada 25,370.67.

Di dalam negara, pergerakan harga keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 666 berbalas 434, manakala 411 kaunter tidak berubah, 651 tidak diniagakan dan 27 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 9.9 bilion bernilai RM2.96 bilion.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik lapan sen kepada RM7.77, Public Bank meningkat enam sen kepada RM17.74, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing menambah dua sen kepada RM6.57 dan RM5.47.

Tenaga tidak berubah pada RM11.34, tetapi Top Glove turun 13 sen kepada RM7.73 dan Hartalega menyusut 20 sen kepada RM15.30.

Bagi kaunter paling cergas, AT Systematization turun 2.5 sen kepada 24.5 sen, Metronic naik enam sen kepada 14.5 sen, Lambo tidak berubah pada empat sen sementara EA Holdings lebih rendah setengah sen kepada tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 49.26 mata pada 11,340.15, Indeks FBMT 100 memperoleh 46.88 mata kepada 11,135.4, Indeks FBM Emas Shariah menokok 28.77 mata kepada 13,255.34 dan FBM 70 berkembang 23.92 mata kepada 14,585.2.

Bagaimanapun  FBM ACE turun 39.16 mata kepada 11,252.63.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.94 mata kepada 153.52, Indeks Perladangan naik 69.53 mata kepada 7,247.31 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 104.37 mata kepada 13,513.72.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In