fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

4 Kaunter Teknologi Yang Berpontensi Mendapat Impak Positif Daripada Belanjawan 2021

in Catalyst
A A
4 Kaunter Teknologi Yang Berpontensi Mendapat Impak Positif Daripada Belanjawan 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

Pada tarikh 6 November 2020 yang lalu, kerajaan Malaysia telah membentangkan Belanjawan 2021 yang merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia. Belanjawan kali ini bertujuan untuk membantu ekonomi Malaysia pulih daripada kemelesetan dengan jangkaan pendapatan negara akan meningkat sebanyak 6% kepada RM228.1 bilion pada tahun 2021.

Jumlah belanjawan kali ini adalah sebanyak RM322.5 bilion dan sebanyak RM1.0 bilion daripada keseluruhan jumlah ini akan diperuntukkan untuk pakej pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi di Batu Kawan, Pulau Pinang. Peruntukan ini juga merupakan sokongan kerajaan untuk industri teknologi ini membuat kajian dan pembangunan (Research and Development) dalam bidang aeroangkasa dan elektronik.

Sektor teknologi ini sememangnya menjadi tumpuan para pelabur tahun ini dengan kenaikan indeks teknologi tempatan yang stabil. Ditambah dengan indeks Nasdaq yang juga mencatatkan peningkatan yang sangat baik, sektor teknologi dijangka bakal mendominasi pasaran selepas pandemik Covid-19 ini berakhir nanti.

Mari kita lihat  kaunter-kaunter yang berpotensi menerima impak positif hasil daripada pengumuman Belanjawan 2021.

1. Inari Amertron Berhad (INARI) (0166)

Inari Amertron Berhad (Inari) mempunyai tiga segmen utama iaitu servis pembuatan elektronik (EMS), orginal design manufacturer (ODM) untuk pemeriksaan barangan elektronik dan juga segmen pelaburan. Antara servis dan produk syarikat ini termasuklah menjadi penyusun barangan pemeriksaan semikonduktor (OSAT), pemasangan pakej litar, mereka bentuk cip fabrikasi dan lain-lain lagi yang servis yang berkaitan dengan semikonduktor, gentian fiber dan telekomunikasi.

Inari juga menjalankan perniagaannya di peringkat antarabangsa seperti di China, Filipina dan Singapura. Tiga anak syarikat Inari adalah Inari Technology Sdn. Bhd., Inari South Keytech Sdn. Bhd. dan juga Simfoni Bistari Sdn. Bhd.

Nilai pasaran terkini untuk Inari adalah bernilai RM8.76 bilion dan harga sesaham adalah di paras sekitar RM2.64.

Carta Inari menujukan saham ini membuat fasa kenaikan yang sangat baik sejak daripada pertengahan bulan Mac 2020 sehingga hari ini. Kaunter ini baru sahaja membuat 52 week high pada 9 November 2020.

2. Pentamaster Corporation Berhad (PENTA) (7160)

Syarikat ini terlibat dalam segmen Automed Equipment, Automated Manufacturing Solutions dan juga Smart Control Solution System. Melalui anak syarikatnya, Penta menyediakan perkhidmatan seperti solusi teknologi, pembuatan mesin dan peralatan automatik, peralatan separa automatik, menyusun dan memasang peralatan dan sistem pengkomputeran.

Syarikat ini mempunyai nilai pasaran sebanyak RM3.5 bilion dan harga seunit saham ini adalah sekitar RM4.95.

Penta dilihat membuat fasa kenaikan yang sangat baik bermula sejak pertengahan bulan Mac 2020. Saham ini juga membuat All-Time High pada 23 Oktober 2020 yang menggambarkan potensi untuk saham Penta ini naik lebih tinggi di masa hadapan.

3. JHM Consolidation Berhad (JHM) ( 0127)

JHM Consolidation Berhad merupakan syarikat tempatan yang terlibat dalam segmen penghasilan produk elektronik. Syarikat ini tersenarai di papan ACE Bursa Malaysia dengan modal pasaran terkini yang bernilai RM1.15 bilion. Syarikat ini terlibat dalam pembuatan dan penyusunan komponen seperti High Brightness Light Emitting Diode (HB LED), Direct Current (DC) micromotor component, picth connector pins dan lain-lain komponen elektronik.

Harga semasa saham syarikat ini adalah sekitar RM2.06 seunit.

Jika dilihat kepada carta JHM, ianya sedang membuat fasa kenaikan yang baik namun pergerakan harga saham JHM lebih volatile jika hendak dibandingkan dengan kaunter Inari dan Penta tadi. Harga terkininya iaitu RM2.06 merupakan harga yang tertinggi dalam sejarah. Kaunter ini juga dilihat berpontensi untuk naik lebih tinggi lagi.

4. UWC Berhad (UWC) (5292)

UWC Berhad (UWC) merupakan syarikat kejuruteraan yang menyediakan perkhidmatan fabrikasi yang melibatkan pelbagai proses kerja seperti memotong, membentuk dan menggabungkan logam. Produk logam syarikat ini dijual kepada pelanggan dari industri yang pelbagai seperti semikonduktor, kesihatan, teknologi dan industri berat. Di antara perkhidmatan lain yang disediakan adalah computer numerical control (CNC), laser punching dan membentuk peralatan logam. Nilai pasaran UWC adalah sebanyak RM3.91 bilion dan harga sesaham adalah sekitar RM7.16.

Carta UWC membuat fasa aliran menarik, sama seperti ketiga-tiga kaunter di atas. Kenaikan yang dibuat juga sangat baik dan kaunter ini baru sahaja membuat All-Time High pada 6 November 2020.

Itulah dia empat saham berpotensi untuk menerima faedah daripada Belanjawan 2021 ini. Kaunter-kaunter teknologi ini dilihat membuat corak kenaikan harga yang sama dan masing-masing membuat All-Time High baru-baru ini.

Syarikat-syarikat lain di dalam sektor teknologi yang dijangka mempunyai potensi menerima impak positif daripada belanjawan 2021 adalah Vitrox Corporation Berhad dan Sam Engineering & Equipment Berhad.

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.

Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️ 

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ 

Share423ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

2 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang
Catalyst

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

1 day ago
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In