fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

4 Kaunter Hartanah Yang Berpontensi Mendapat Impak Positif Daripada Belanjawan 2021

in Catalyst
A A
4 Kaunter Hartanah Yang Berpontensi Mendapat Impak Positif Daripada Belanjawan 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November 2020 merupakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah belanjawan Malaysia. Jumlah keseluruhan belanjawan ini mencecah sehingga RM322.5 bilion yang bertujuan untuk membantu ekonomi negara bangkit semula daripada kemelesetan yang sedang dihadapi.

Dalam Belanjawan 2021 ini, kerajaan akan memberikan pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman pembelian kediaman pertama berniali sehingga RM500 ribu. Bukan itu sahaja, kerajaan juga melanjutkan Home Ownership Campaign (HOC) untuk meringankan beban pembeli hartanah pertama dan melanjutkan skim Rent-to-own untuk membantu golongan B40 memeliki rumah pertama mereka sehingga tahun 2021.

Sumber: Bank Islam Research

Mari kita lihat kaunter-kaunter yang berpotensi untuk menerima impak positif hasil daripada Belanjawan 2021 ini.

1. SP Setia Berhad (SPSETIA) (8664)

Syarikat ini terlibat dalam pembinaan hartanah, pembinaan infrastruktur dan juga penghasilan produk berasaskan kayu. Syarikat ini bukan sahaja menjalankan perniagaan mereka di Malaysia, malah mereka sudah menceburi pasaran antarabangsa seperti di Singapura, Vietnam, Autralia, China dan juga United Kingdom.

Projek antarabangsa yang dikendalikan oleh SP Setia termasuklah Battersea Power Station di London, Eco Sanctuary di Singapura, Qinzhou Industrial Park di China dan banyak lagi. Nilai pasaran SPSETIA yang terkini mencecah RM2.86 bilion dan harga untuk seunit saham SPSETIA adalah sekitar RM0.730.

Sumber: Trading View

Carta untuk kaunter ini menunjukan SP Setia masih membuat fasa accumulation di antara paras RM0.70 ke RM0.80.

2. Mah Sing Group Berhad (MAHSING) (8583)

Mah Sing Group Berhad (Mahsing) baru-baru ini telah membuat keputusan untuk menceburi sektor pembuatan sarung tangan di Malaysia sebagai salah satu inisiatif syarikat untuk mempelbagaikan perniagaan mereka. Mahsing sangat terkenal dengan pembinaan hartanah di malaysia, selain itu syarikat ini juga terlibat dalam pembuatan dan pembekal plastik untuk keguaan industri perubatan dan juga industri utiliti.

Syarikat ini mempunyai nilai pasaran sebanyak RM2.31 bilion dan harga sesaham syarikat ini sekitar RM0.935.

Sumber: Trading View

Carta kaunter Mahsing menunjukan bahawa carta sedang membua fasa kenaikan (uptrend) kerana disokong berita cabang baru yang akan diterokainya. Jumlah saham yang didagangkan untuk kaunter ini kelihatan meningkat sejak pertengahan bulan Oktober sehingga hari ini.

3. Gamuda Berhad (Gamuda) (5398)

Gamuda Berhad (Gamuda) mempunyai dua segmen pernigaan utama iaitu kejuruteraan dan pembinaan sivil dan juga pembinaan hartanah. Untuk segmen kejuruteraan, syarikat ini terlibat dalam pembinaan lebuh raya, jambatan, pembinaan jalan keretapi dna lian-lain lagi. Untuk segmen hartnaha pula, syarikat ini lebih menumpukan pembinaan hartanah komersial.

Syarikat ini mempunyai nilai pasaran sebanyak RM9.15 bilion dan harga seunit saham Gamuda adalah sekitar RM3.64.

Sumber: Trading View

Carta Gamuda menunjukan kaunter ini sedang membuat fasa accumulation dan harga saham ini berlegar sekitar RM3.25 sehingga RM3.65. Syarikat ini tidak hanya tertumpu kepada sektor hartanah semata-mata, pendapatan utama syarikat ini adalah daripada sektor pembinaan dan kejuruteraan.

4. Eco World Development Group Berhad (ECOWLD) (8206)

EcoWorld Malaysia sales & bookings exceed RM1 billion since start of CMCO,  EcoWorld International sees strong return in London from global investors |  EcoWorld

Eco World Development Group Berhad (Eco World) merupakan syarikat hartanah yang terkemuka di Malaysia. Syarikat ini mempunyai anggaran 8,000 ekar tanah simpanan di seluruh Malaysia untuk kegunaan pembiaan hartanah. Syarikat ini fokus kepada pembinaan hartanah komersial, rummah bandar, pangsapuri mewah dan juga pusat perniagaan yang mesra alam sekitar. Eco World mempunyai nilai pasaran sekitar RM1.12 bilion dan harga sesaham untuk syarikat ini adalah sekitar RM0.38.

Syarikat ini menjadi tumpuan pelabur dengan perancangan gabungannya dengan UEM Sunrise Berhad (UEMS). Rancangan ini menerima pelbagai reaksi daripada umum dan sehingga ke hari ini, masih tiada kata putus tentang penggabungan kedua-dua syarikat ini.

Baca: ‘Apa Akan Jadi Kepada Pemegang Saham Jika UEM Sunrise Dan EcoWorld Bergabung?’

Sumber: Trading View

Untuk kaunter Eco World, carta menunjukan kaunter ini sedang membuat fasa accumulation dan kaunter ini dilihat kurang mendapat perhatian daripada para pelabur.

Kesemua kaunter-kaunter di atas mempunyai potensi mendapat manfaat daripada Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan pada 6 November 2020 yang lepas. Antara kuanter-kaunter yang dijangka akan menerima impak yang sama adalah seperti IOI Corporation Berhad, Sime Darby Berhad, Titijaya Land Berhad dan Legenda Properties Berhad.

Sektor hartanah sememangnya mengalami sedikit kesukaran untuk beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan faktor peningkatan harga bahan binaan serta lambakan hartanah yang tidak terjual. Namun, dengan bantuan yang diumumkan oleh kerajaan di dalam Belanjawan 2021 ini, diharap dapat merancakkan kembali sektor hartanah di dalam negara.

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.

Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️ 

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ 

Share290ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

19 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In