fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

3 Kaunter Logistik Yang Berpontensi Mendapat Impak Positif Daripada Belanjawan 2021

in Catalyst
A A
3 Kaunter Logistik Yang Berpontensi Mendapat Impak Positif Daripada Belanjawan 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November 2020 merupakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah belanjawan Malaysia. Jumlah keseluruhan belanjawan ini mencecah sehingga RM322.5 bilion yang bertujuan untuk membantu ekonomi negara bangkit semula daripada kegawatan ekonomi yang melanda.

Dalam pembentanagan Belanjawan 2021 ini, kerajaan bercadang untuk melaksanakan kemudahan Authorised Economic Operator (AEO) di peringkat nasional. Ianya bertujuan untuk memudahkan proses akreditasi AEO dan diperluas kepada pembekal perkhidmatan logistik dan operator gudang yang diluluskan.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

Ditambah dengan pembekuan sementara lesen baru perkhidmatan kurier yang diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC), sektor logistik yang sedia ada dilihat mempunyai potensi yang cerah untuk berkembang.

Mari kita lihat kaunter-kaunter yang berpotensi untuk menerima impak positif hasil daripada pengumuman Belanjawan 2021 ini.

1. Pos Malaysia Berhad (POS) (4634)

Pos Malaysia Berhad (POS) terkenal dengan perkhidmatan kurier segera. Syarikat ini beroperasi dengan tiga segmen utama iaitu penghantaran surat-menyurat, kurier dan barangan runcit. Segmen penghantaran surat-menyurat ini tertumpu kepada pelanggan korporat dan individu manakala segmen kurier menawarkan perkhidmatan kurier tempatan dan antarabangsa. Segmen runcit pula menawarkan perkhidmatan over-the-counter bagi tujuan pembayaran bil utiliti, pembaruan cukai jalan dna lain-lain lagi. Pos juga menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu yanng merupakan perniagaan gadaian emas yanng patuh syariah di bawah segmen runcitnya.

Nilai pasaran POS yang terkini adalah sekitar RM782.8 juta dan harga seunit saham POS pula berada pada paras sekitar RM1.00.

Carta POS menunjukan berlakunya perubahan trend selepas pengumuman pembekuan lesen baru untuk perkhidmatan kurier baru dan trend kenaikan ini berterusan sehingga ke hari ini. Jika harga saham ini melepasi rintangan terdekatnya pada RM1.06, kaunter ini mempunyai potensi yang besar untuk naik lebih tinggi lagi.

2. GD Express Carrier Berhad (GDEX) (0078)

GD Express Carrier Berhad atau lebih dikenali sebagai GDEX merupakan syarikat yang menumpukan sepenuhnya kepada perkhidmatan penghantaran segara di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan penghantaran dalam masa satu hari untuk penghantaran tempatan, penghantaran pada hari yang sama, penghantaran secara pukal dan lain-lain lagi.

Nilai pasaran yang terkini untuk GDEX adalah sabanyak RM2.5 bilion dan harga semasa saham syarikat adalah sekitar RM0.45.

Carta GDEX menunjukkan kaunter ini sedang membuat peralihan trend daripada fasa mendatar kepada fasa kenaikan. Minat belian kaunter GDEX dilihat meningkat selepas pembekuan lesen perkhidmatan kurier baru diumumkan oleh MCMC pada 26 Oktober 2020 yang lalu.

3. Tiong Nam Logistics Holding Berhad (TNLOGIS) (8397)

Syarikat ini terlibat dalam perkhidmatan logistik bersepadu di Malaysia. Selain daripada itu, syarikat ini juga terlibat dalam dagangan miyak diesel dan petrol. Syarikat ini beoperasi di dalam tiga segmen utama iaitu logistik dan gudang simpanan, pelaburan dan pembinaan hartanah. Syarikat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan logistik seperti tempat simpanan suhu rendah, pengangkutan barangan berat, gudang simpanan di zon bebas cukai dan lain-lain lagi.

Nilai pasaran syarikat ini adalah sebanyak RM251.1 juta dan harga semasa adalah sekitar RM0.545.

Merujuk kepada carta di atas, kita dalam lihat perubahan aliran fasa daripada fasa mendatar kepada fasa keniakan bermula pada tarikh 5 Oktober 2020. Pergerakan harga saham ini lebih valotile berbanding POS dan GDEX namun kaunter ini masih mengekalkan uptrend yang kukuh.

Jika harga saham ini berjaya melepasi paras rintangan pada RM0.585 dan disertai dengan minat belian yang kuat, kaunter ini berpotensi untuk naik lebih tinggi lagi.

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.

Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️ 

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ 

Share376ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

20 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In