Sebanyak RM75 juta telah diperuntukkan melalui program eBelia dengan mengkreditkan RM50 secara ‘one-off’ ke dalam akaun e-dompet bagi mereka yang berumur 18-20 tahun. Meskipun peruntukan ini bukanlah disalur secara terus kepada syarikat-syarikat di Malaysia, namun pastinya ramai yang bakal mendapat manfaat daripada peruntukan ini.
Ianya datang daripada segi penggunaan servis dan perkhidmatan bagi membolehkan golongan belia ini tadi menuntut RM50 yang diperuntukkan kepada mereka. Terdapat dua buah syarikat penyedia perkhidmatan platform pembayaran yang dilihat bakal mendapat manfaat yang disenaraikan di pasaran saham Bursa Malaysia, iaitu GHL Systems Berhad dan Revenue Group Berhad.
1. GHL Systems Berhad (GHLSYS)
GHLSYS ditubuhkan pada tahun 1994 dan berpangkalan di Kuala Lumpur. GHLSYS merupakan penyedia perkhidmatan pembayaran terkemuka di Asia Pasifik yang khusus dalam penyelesaian dan perkhidmatan berkaitan pembayaran untuk bank, pedagang, telco dan pemain e-dagang lain seperti minyak & gas, peruncitan, syarikat pengangkutan dan lain-lain.
GHLSYS telah disenaraikan di Papan ACE pada April 2003 dan berjaya dimasukkan ke Papan Utama Bursa Malaysia pada Februari 2007.
Model Perniagaan
GHL Systems Berhad terlibat dalam segmen perniagaan seperti perkhidmatan bersama, perkhidmatan penyelesaian dan pemerolehan pembayaran transaksi.
GHLSYS menyediakan pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan kepada bank dan pedagang yang berafiliasi dengan penerimaan alat pembayaran berdasarkan penjualan, penyelenggaraan dan penyewaan. Sebagai contoh, terminal Point of Sale (POS) dan peranti penerimaan pembayaran lain yang dapat melakukan pembayaran elektronik untuk kad kredit, kad debit, e-Wallet, program kesetiaan, transaksi penebusan, pembayaran balik pinjaman dan keperluan khusus untuk bank atau pedagang lain.
Syarikat ini juga terlibat dalam mengembangkan dan menjual program perisian dan perkakasan dalaman, perkhidmatan pelaksanaan yang memungkinkan bank dan pedagang memperoleh jaringan pembayaran yang selamat dan perkhidmatan lain yang berkaitan seperti pemasangan, latihan dan penyelenggaraan. Mereka juga diakreditasi oleh organisasi dan badan yang berwibawa seperti VISA, MasterCard, JCB, UPI, Alipay, MEPS, SIRIM, dan Line Encryption Working Group.

Carta GHLSYS menunjukkan kaunter ini masih menunjukkan trend menaik sejak Mac yang lalu. Kini GHLSYS telah berada pada paras All-Time High. Sama-sama kita nantikan sekiranya GHLSYS akan terus menaik.
Kini ‘Sky Is The Limit’ yang bermakna tiada paras rintangan bagi saham ini untuk ianya meneruskan kenaikan.
2. Revenue Group Berhad (Revenue)

Ditubuhkan pada tahun 2003, Revenue adalah sekumpulan syarikat yang fokus untuk memberikan penyelesaian pembayaran yang lengkap kepada pengguna.
Bank dan institusi kewangan yang lain sentiasa mencari cara untuk mengurangkan kos, mengekalkan pelanggannya dan meningkatkan prestasi secara kompetitif.
Revenue telah mewujudkan pelbagai rangkaian penyelesaian seperti:
- Teknologi Kad Pintar EMV(Europay, Mastercard dan Visa)
- Sistem Pengurusan Terminal
- Sistem Kesetiaan Pelanggan
- Sistem Pengurusan Tingkah Laku Pengguna
- Sistem Pembayaraan Berasaskan Web
- Sistem Pengurusan Transaksi Pembayaran
Baru-baru ini, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) dan Revenue telah bekerjasama untuk mengembangkan hab e-perkhidmatan; dengan memberikan tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Dalam satu kenyataan bersama baru-baru ini, mereka telah menandatangani memorandum perjanjian dengan Huawei Malaysia.
Matlamat utama kolaborasi adalah untuk membangunkan ekosistem bagi mengembangkan inovasi digital di mana kedua-dua pihak dapat membantu lebih daripada 900,000 PKS di Malaysia bergerak menuju transformasi digital dan meningkatkan kehadiran mereka di pasaran digital dengan lebih berkesan.

Jika anda seorang pelabur yang menggunakan teknik ‘Position Trading’, maka kaunter ini dilihat menarik jika kita memilih untuk beli dan peram kaunter ini untuk beberapa bulan. Setelah garisan resistance dilukis, terdapat tiga paras rintangan yang kuat bagi kaunter Revenue iaitu pada harga RM1.38, RM1.45 dan RM1.53.
Paras rintangan ini mungkin boleh dijadikan panduan. Namun segala pelaburan adalah di atas risiko masing-masing. Revenue telah naik sejak kebelakangan ini, maka seeloknya boleh tunggu untuk kaunter ini membuat pullback terlebih dahulu.
Kemampuan dua buah syarikat ini dalam penyediaan perkhidmatan sistem e-wallet dilihat akan mendapat manfaat daripada peruntukan yang dikhaskan kepada golongan belia dalam Belanjawan 2021 yang baru saja dibentangkan.
ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.
Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx
Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa
Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…
Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.
Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)
Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.
➡️
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…
Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️