• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Kerana Kegiatan Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi di kebanyakan bursa serantau yang lain, diseret turun oleh kegiatan penjualan di kaunter berkaitan indeks.

Meskipun demikian, pasaran tempatan masih bertahan melepasi paras utama 1,500 mata.

Pada penutup, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) lega 4.99 mata kepada 1,570.08 selepas bergerak antara 1,550.44 dan 1,572.69 sepanjang hari.

Kemerosotan indeks terutamanya disebabkan kerugian dalam kaunter IHH Healthcare, Petronas Chemicals, MISC dan Sime Darby dengan gabungan 12.153 mata.

Indeks barometer berada dalam wilayah negatif sepanjang sesi urus niaga dengan kegiatan pengambilan untung mendominasi dagangan selepas mencatatkan peningkatan semalam yang didorong oleh keyakinan terhadap kemajuan vaksin COVID-19.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 655 berbalas 574 manakala 639 kaunter tidak berubah, 299 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 14.53 bilion unit bernilai RM5.96 bilion daripada 12.33 bilion unit bernilai RM8.45 bilion semalam.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM7.69, Public Bank meningkat 48 sen kepada RM17.68, Top Glove menambah enam sen kepada RM7.86 dan Tenaga mengukuh 14 sen kepada RM11.34.

Petronas Chemicals, Hartalega dan IHH Healthcare masing-masing merosot 20 sen kepada RM6.55, RM15.50 dan RM5.45.

Bagi kaunter paling cergas, AT Systematization naik lapan sen kepada 27 sen, Xidelang menambah satu sen kepada 7.5 sen, DGB meningkat 1.5 sen kepada 4.5 sen dan Fintec lebih tinggi dua sen kepada 13.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 20.14 mata kepada 11,290.89, Indeks FBM Emas Shariah turun 66.18 mata untuk 13,226.57 dan Indeks FBMT 100 jatuh 24.07 mata kepada 11,088.52.

Bagaimanapun, FBM 70 meningkat 12.19 mata kepada 14,561.28 dan FBM ACE melonjak 245.43 mata kepada 11,291.79.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 1.73 mata kepada 152.58, Indeks Perladangan susut 29.81 mata kepada 7,177.78, tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan pulih 121.85 mata kepada 13,409.35.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 5.89 bilion saham bernilai RM4.09 bilion daripada 6.14 bilion saham bernilai RM6.98 bilion pada hari Selasa.

Perolehan waran menyusut kepada 938.31 juta unit bernilai RM148.49 juta daripada 1.28 bilion unit bernilai RM249.05 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 7.71 bilion saham bernilai RM1.72 bilion berbanding 4.91 bilion saham bernilai RM1.22 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 1.29 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (2.09 bilion), pembinaan (227.86 juta), teknologi (286.9 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (88.23 juta), hartanah (262.47 juta), perladangan (165.66 juta), REIT (11.63 juta), dana tertutup (4,000), tenaga (652.92 juta), penjagaan kesihatan (136.39 juta), telekomunikasi dan media (74.4 juta), pengangkutan dan logistik (383.55 juta) dan utiliti (222.57 juta).

– BERNAMA

Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In