fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Nov — Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang lebih ketara susulan peningkatan dialami pasaran semalam, kata peniaga.

Pada 9.12 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.49 mata kepada 1,564.58 selepas dibuka turun 2.38 mata kepada 1,572.69.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 325 berbanding 301 manakala 1,194 kaunter lain tidak berubah, 347 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.61 bilion bernilai RM627.26 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd berkata FBM KLCI berkemungkinan menyaksikan beberapa cabaran selepas mencatat pengukuhan semalam.

“Indeks penanda aras itu yang menikmati peningkatan belian secara meluas, dijangkakan melihat perubahan membabitkan kaunter berkaitan COVID-19, terutamanya saham pengeluar sarung tangan.

“Oleh itu, kami menganggap aliran pergerakan FBM KLCI dalam lingkungan 1,560 sehingga 1,580 hari ini,” kata firma itu dalam nota penyelidikannya.

Bagaimanapun, Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat peningkatan bursa masih boleh berlaku walaupun ini akan disusuli dengan aktiviti pengambilan untung dalam masa terdekat.

Firma pembrokeran itu memilih sektor tenaga yang dilihat berpotensi susulan peningkatan harga minyak mentah.

Malah, prestasi sama juga dijangka dialami oleh sektor perladangan dengan harga minyak sawit mentah kekal pada RM3,200 satu tan metrik.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut 11 sen kepada RM7.55, Public Bank turun 16 sen kepada RM17.04, Tenaga merosot 26 sen kepada RM10.94 dan Petronas Chemicals rendah tiga sen kepada RM6.72.

Bagaimanapun, Top Glove meningkat 12 sen kepada RM7.92 manakala Hartalega meraih empat sen kepada RM15.74.

Bagi saham paling aktif, AT Systematization menokok 3.5 sen kepada 22.5 sen, Netx dan Sapura Energy naik setengah sen masing-masing kepada 17 sen dan 11.5 sen manakala Luster menambah satu sen kepada 20 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas rendah 48.07 mata kepada 11,262.96, Indeks Syariah FBM Emas merosot 7.47 mata kepada 13,285.28 dan Indeks FBMT 100 susut 49.91 mata kepada 11,062.68.

FBM 70 naik 29.05 mata kepada 14,578.14 dan FBM ACE menambah 30.21 mata kepada 11,076.57.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 136.62 mata kepada 13,150.88, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.47 mata kepada 153.84 namun Indeks Perladangan meningkat 43.09 mata kepada 7,250.68.

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In