• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 13 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham IHH Healthcare Berhad (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 13 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham IHH Healthcare Berhad (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

IHH Healthcare Berhad (KLSE: 5225) (IHH) merupakan salah sebuah syarikat hospital yang terbesar di dunia. Kini, IHH mempunyai 76 buah hospital di 10 buah negara termasuklah di Singapura, Malaysia, Turki, dan India. Nilai pasaran IHH terkini adalah sebanyak RM43.6 bilion.

Mari kita lihat 13 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham IHH.

1. Segmen Geografi #1 – Singapura

Hospital IHH beroperasi dengan jenama yang unik iaitu Gleneagles, Parkway dan juga Mount Elizabeth. Segmen ini merupakan sumber pendapatan  utama bagi IHH. Keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat daripada RM796.1 juta pada tahun 2016 kepada RM1.05 bilion pada tahun 2019.

Ianya disumbang oleh peningkatan jualankatil yang beroperasi dan purata perolehan daripada pesakitnya dalam tempoh tersebut.

Chart

2. Segmen Geografi #2 – Malaysia

IHH merupakan syarikat hospital kedua terbesar di Malaysia dengan 15 buah hospital yang beroperasi di bawah jenama Pantai dan Gleneagles. Segmen ini telah mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai daripada RM309.6 juta pada tahun 2016 kepada RM491.7 juta pada tahun 2019.

Hasil inidisumbangkan oleh faktor yang sama dengan segmen di Singapura, iaitu penambahan daripada segi jumlah katil yang beroperasi dan purata perolehan daripada pesakitnya bagi tempoh tersebut.

Chart

3. Segmen Geografi #3 – Turki

IHH beroperasi dengan rangkaian hospital di bawah Acibadem Holdings (Acibadem), sebuah syarikat 90%-kepunyaan IHH. IHH mempunyai 21 hospital dan 13 klinik perubatan di Turki, Macedonia, Bulgaria, dan Belanda. Pada tahun 2016 sehingga tahun2019, Acibadem telah merekodkan kerugian berterusan dan telah menyebabkan keuntungan bersih IHH menurun secara keseluruhan bagi tempoh tersebut.

Chart

4. Segmen Geografi #4 – India

IHH telah meningkatkan pelaburannya ke  negara India secara berterusan dan sedang beroperasi dengan:

a. 62.23% pemegangan saham di dalam Continental Hospitals


b. 72.87% pemegangan saham di dalam Gleneagles Global Hospitals


c. 31.17% pemegangan saham di dalam Fortis Healthcare Ltd

Secara keseluruhannya, segmen ini beroperasi dengan 33 buah hospital di India. Sama seperti Acibadem, segmen ini juga masih mencatatkan kerugian dan telah menyebabkan keuntungan bersih keseluruhan bagi IHH menurun dari tahun 2016 sehingga tahun 2019.

Chart

5. Segmen Geografi #5 – Asia Utara

Kini, IHH sedang beroperasi di Asia Utara dengan:

a. Gleneagles Hong Kong Hospital (dibuka pada Mac 2017)

b. Gleneagles Chengdu Hospital (dibuka pada Oktober 2019)

c. 7 buah pusat perubatan berjenama ParkwayHealth di Hong Kong

d. The Angsana Molecular and Diagnostics Ancillary Service

Segmen ini juga telah mencatatkan kerugian kerana dua hospitalnya di Hong Kong dan Chengdu yang baru memulakan operasi.  Oleh yang demikian, keuntungan bersih keseluruhannya bagi IHH telah menurun sejak tahun 2016 sehingga tahun 2019.

Chart

6. Keputusan Kewangan Keseluruhan

Secara keseluruhannya, IHH telah mencatatkanpertumbuhan CAGR sebanyak 11.49% untuk perolehannya. Perolehan ini telahmeningkat daripada RM6.96 bilion pada tahun 2012 kepada RM14.91 bilion pada tahun 2019.

Chart

Dalam masa yang sama, keuntungan bersih keseluruhannya ini telah merekodkan penurunan daripada RM969.95 juta pada tahun 2017 kepada RM551.48 juta pada tahun 2019. Ini disebabkan oleh kerugian yang dicatatkan oleh Acibadem dan segmen-segmennya di India dan Asia Utara dalam tempoh tersebut.

Chart

Pada tahun 2012 sehingga tahun2019, IHH telah mencatat purata Return on Equity (ROE) sebanyak 3.56% setahun. Ini bermaksud IHH telah berjaya menjana RM3.56 di dalam keuntungan bersih daripada setiap RM100 di dalam ekuiti pemegangan saham dalam masa tersebut.

7. Pengurusan Aliran Tunai

Pada tahun 2012 sehingga tahun 2019, IHH telah berjaya menjana aliran tunai operasi sebanyak RM14.81 bilion , RM1.11 bilion daripada pendapatan dividen dan faedah, dan RM7.50 bilion di dalam pengeluaran ekuiti dan perpetual securities.

Daripada jumlah tersebut, IHH telah membayar sebanyak:

a. RM10.1 bilion untuk capital expenditure (CAPEX) bersih

b. RM4.1 bilion untuk pembelian bersih anak-anak syarikat (subsidiaries).

c. RM770.8 juta untuk pembelian bersih hartanah untuk pelaburan

d. RM1.9 bilion untuk pemulangan bersih hutang jangka panjang

e. RM2.0 bilion untuk pembiayaan faedah (interest cost)

f. RM1.4 bilion untuk pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya

Terbukti bahawa IHH berupaya menjana aliran tunai operasi dan telah memilih untuk melaburkannya bagi menambahkan rangkaian hospital yang terletak di pasaran utamanya.

8. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada Q2 2020, IHH telah mencatatkan RM11.1 bilion dalam liabiliti bukan semasa dan RM26.9 bilion dalam ekuiti keseluruhan (total equity). Jadi, nisbah hutang IHH adalah 41.25%. Pada masa tersebut, ia telah mencatatkan RM7.1 bilion dalam aset semasa dan RM6.0 bilion dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasanya adalah 1.19.

9. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Bagi tempoh 12 bulan terkini, IHH telah merekodkan RM13.7 bilion dalam perolehan dan ia telah mencatatkan RM163.5 juta dalam kerugian bersih atau 2.89 sen dalam kerugian setiap saham (loss per share). Ini disebabkan oleh penurunan jumlah pesakit yang mengunjungi rangkaian hospitalnya, terutamanya pada tahun 2020 yang disebabkan oleh wabak COVID-19.

10. Pembelian Prince Court Medical Centre (PCMC)

Pada 1 September 2020, IHH telah menyelesaikan urusan pembelian syarikat PCMC, iaitu sebuah hospital yang terletak di persimpangan Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Kia Peng di Kuala Lumpur dengan harga RM1.02 bilion.

11. P/E Ratio

IHH telah merekodkan 2.89 sen kerugian sesaham. Maka, P/E Ratio bagi IHH tidak boleh dikira.

12. P/B Ratio

Pada Q2 2020, IHH telah mencatatkan sebanyak RM2.44 di dalam aset bersih bagi sesaham. Pada 31 Oktober 2020, harga sesaham untuk IHH adalah RM4.97. Maka, P/B Ratio terkini bagi IHH adalah 2.04.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 4.97 / RM 2.44

= 2.04

13. Kadar Dividen

Pada 2019, IHH telah membayar sebanyak 4.0 sen di dalam Dividend Per Share (DPS). Maka, kadar dividen terkini bagi IHH adalah 0.80%, lebih rendah daripada kadar FD yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan di Malaysia pada masa kini.

Kesimpulan:

Secara kesimpulannya:

Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham IHH? Tepuk dada, tanyalah selera.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share471ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

12 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

1 year ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1 year ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In