• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Teruskan Kerancakan Sehingga Sesi Dagangan Tengah Hari, Indeks Naik 2 Peratus

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Nov  (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan trend menaik sehingga berakhirnya sesi pagi, dengan indeks utama meningkat 2.04 peratus, dipacu oleh momentum belian yang berterusan terutamanya untuk saham berkaitan perbankan di celah-celah sentimen serantau yang positif, kata para peniaga.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 31.02 mata kepada 1,555.34 selepas bergerak antara 1,516.54 dan 1,556.08 sepanjang sesi dagangan pagi.

Public Bank melambung RM1.68 kepada RM16.98, Maybank meningkat 42 sen kepada RM7.54, Hong Leong Bank menokok RM1.14 kepada RM15.84, CIMB lebih tinggi 23 sen kepada RM3.29 dan RHB Bank menambah 35 sen kepada RM4.73.

Keuntungan yang dicatatkan dalam saham-saham perbankan menyumbang 36.61 mata kepada peningkatan dalam indeks komposit dan sekali gus menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 817.05 mata kepada 13,084.32.

Seorang peniaga berkata sektor perbankan sedang meningkat kerana lanjutan untuk moratorium secara menyeluruh tidak diumumkan dalam Belanjawan 2021, yang sememangnya baik untuk pendapatan bank.

Sementara itu, Hartalega mendahului kaunter paling rugi dalam kalangan 30 kaunter indeks FBM KLCI dengan penurunan sebanyak 11.75 peratus atau RM2.14 kepada RM16.08, diikuti dengan Top Glove yang jatuh enam sen kepada RM7.88 berikutan terdapatnya kemajuan positif vaksin untuk pandemik dan ini telah mengekang permintaan untuk kaunter sarung tangan.

Di papan skor, kaunter untung mengatasi rugi dengan 660 berbalas 589 manakala 493 kaunter tidak berubah, 406 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 7.8 bilion saham bernilai RM4.9 bilion.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Tenaga naik 58 sen kepada RM10.84 dan Petronas Chemicals meningkat 16 sen kepada RM6.53.

Kaunter paling cergas, AT Systematization turun 3.5 sen kepada 18 sen, AirAsia X dan Netx masing-masing naik 2.5 sen kepada 6.5 sen dan 16.5 sen sementara Kanger dan Pegasus masing-masing, meningkat setengah sen kepada 19.5 sen dan tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 163.97 mata kepada 11,204.17, Indeks FBMT 100 meningkat 169.89 mata kepada 11,002.63, dan FBM 70 menokok 30.72 mata kepada 14,519.77.

Indeks FBM Emas Shariah susut 128.15 mata kepada 13,204.76 dan FBM ACE turun 318.6 mata kepada 11,056.57.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan perindustrian Industri menambah 1.08 mata kepada 152.33 dan Indeks Perladangan naik 5.87 mata kepada 7,154.6.

– BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In