• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Mengukuh Pagi Ini, Dipacu Tindak Balas Positif Pelabur Terhadap Belanjawan 2021

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi secara keseluruhan pagi ini dengan para pelabur memberi tindak balas positif terhadap Belanjawan 2021 yang diumumkan Jumaat lepas — belanjawan yang bertujuan merancakkan pemulihan ekonomi.

Pada 9.23 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 9.1 mata kepada 1,528.74 selepas dibuka 1.99 mata lebih tinggi pada 1,521.63.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran amat menggalakkan dengan kaunter untung mengatasi rugi 524 berbalas 209 sementara 334 kaunter tidak berubah, 1,081 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 2.01 bilion bernilai RM727.69 juta.

Pengeluar sarung tangan getah Hartalega dan Top Glove muncul sebagai kaunter paling untung dalam kalangan kaunter berkaitan indeks, menyumbang 5.196 mata kepada FBM KLCI.

Hartalega melonjak 48 sen kepada RM18.68, sementara Top Glove meningkat 11 sen kepada RM8.61.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM7.24, Public Bank meningkat 10 sen kepada RM15.32, sementara Tenaga dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM10.30 dan RM6.20.

Kaunter paling cergas pula, AT Systematization naik dua sen kepada 15 sen, Pegasus menambah satu sen kepada tiga sen, Lambo mengukuh setengah sen kepada 3.5 sen, sementara Sapura Energy kekal pada 10.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 71.07 mata kepada 11,090.04, Indeks FBMT 100 lebih tinggi sebanyak 67.41 mata kepada 10,880.69 sementara Indeks FBM Emas Shariah melonjak 104.23 mata kepada 13,379.64.

FBM 70 mengukuh 100.83 mata kepada 14,617.63 dan FBM ACE melonjak 183.24 mata kepada 11,157.15.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 48.28 mata kepada 12,342.74, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.69 mata kepada 150.48 dan Indeks Perladangan mengukuh 12.01 mata kepada 7.135.39.

– BERNAMA

Share264ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

11 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In