fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Berikutan Belian Lewat

in Berita
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan sokongan belian lewat untuk kaunter berkaitan indeks, kata peniaga.

Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.68 mata kepada 1,524.32, paras tertinggi dalam tempoh hampir sebulan, selepas turun naik antara 1,513.21 dan 1,533.05 sepanjang hari.

Indeks komposit sebahagian besarnya ditingkatkan oleh kenaikan dalam Petronas Chemicals, Maxis, IHH Healthcare, Digi, Petronas Dagangan dan Telekom Malaysia.

Pasaran tempatan memulakan hari ini dengan lebih tinggi disokong oleh sentimen positif daripada Belanjawan 2021 yang diumumkan pada Jumaat lepas.

Aliran meningkat itu turut sejajar dengan bursa serantau yang meraikan kemenangan Joe Biden daripada parti Demokrat dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat dengan harapan kepada pemulihan ekonomi negara itu.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata aktiviti pengambilan untung, bagaimanapun, berlaku dan mengekang minat untuk mengambil risiko dalam Bursa, saham pandu pasaran mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu semasa ditutup pada Jumaat lepas.

“Pasaran tinggi (sebelum ini) berikutan tiada lanjutan moratorium menyeluruh dalam Belanjawan 2021 yang baik untuk pendapatan bank.

“Mungkin, kenyataan daripada pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa belanjawan mungkin tidak diluluskan mungkin telah menyebabkan pasaran menjadi resah,” katanya kepada Bernama.

Anwar (PKR-Port Dickson) memberitahu Dewan Rakyat bahawa Belanjawan 2021 hanya akan mendapat sokongan penuh jika ia dipinda untuk menjaga rakyat dengan lebih baik.

Beliau turut mempersoalkan peruntukan dalam Belanjawan 2021 untuk sektor kesihatan.

Bursa Malaysia, bagaimanapun, meningkat semula 10 minit sebelum dagangan ditutup, dengan belian kebanyakannya dalam saham wajaran tinggi.

Di papan skor, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 621 berbanding 533, manakala 420 kaunter tidak berubah, 574 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 11.71 bilion unit bernilai RM4.62 bilion daripada 7.67 bilion unit bernilai RM4.67 bilion dicatatkan pada Jumaat lepas.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Hartalega naik dua sen kepada RM18.22, Public Bank menambah lapan sen kepada RM15.30 dan Petronas Chemicals meningkat 17 sen kepada RM6.37.

Maybank susut enam sen kepada RM7.12, Top Glove merosot dua sen kepada RM8.48 dan Tenaga berkurangan empat sen kepada RM10.26.

Daripada saham cergas, AT Systematization naik 8.5 sen kepada 21.5 sen, Lambo menambah satu sen kepada empat sen, Pegasus meningkat setengah sen kepada 2.5 sen dan Fintec naik 2.5 sen kepada 12.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 21.22 mata kepada 11,040.19, Indeks FBMT 100 naik 19.45 mata kepada 10,832.73 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 57.51 mata kepada 13,332.91.

FBM 70 merosot 27.76 mata kepada 14,489.04, bagaimanapun FBM ACE melonjak 401.27 mata kepada 11,375.18.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.46 mata kepada 151.25, Indeks Perladangan naik 25.35 mata kepada 7,148.73, bagaimanapun Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 27.19 mata kepada 12,267.27.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 4.17 bilion saham bernilai RM3.05 bilion daripada 3.19 bilion saham bernilai RM3.36 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 892.38 juta unit bernilai RM191.05 juta daripada 901.24 juta unit bernilai RM196.64 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 6.64 bilion saham bernilai RM1.38 bilion daripada 3.57 bilion saham bernilai RM1.10 bilion pada Jumaat.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 655.44 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.46 bilion), pembinaan (150.31 juta), teknologi (217.82 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (30.15 juta), hartanah (618.73 juta), perladangan (74.79 juta), REIT (8.22 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (271.12 juta), penjagaan kesihatan (97.62 juta), telekomunikasi dan media (56.87 juta), pengangkutan dan logistik (391.26 juta) dan utiliti (107.51 juta).

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In