• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Hari – Hari Limit Up; Bagus Sangat Ke?

in Asas Saham
A A
Hari – Hari Limit Up; Bagus Sangat Ke?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Apabila pasaran saham mencatatkan kenaikan, pastinya banyak saham yang naik dan orang ramai memperolehi keuntungan. Namun, ada satu jenis kenaikan yang menyaksikan saham membuat Limit Up.

Apa Itu Saham Limit Up?

Limit up merupakan kenaikan harga maksimum sesuatu kaunter saham dalam masa sehari.

Sumber : Bursa Malaysia

Jika harga saham adalah RM1 ke atas, ia mampu untuk naik dengan kenaikan maksimum sebanyak 30%. Jika harganya adalah di bawah RM1 pula, maka kenaikan harga tertinggi yang mampu ia capai –dalam masa sehari adalah sebanyak RM0.30.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Sebagai contoh, kaunter Green Energy Tech Soultion Global Berhad (GETS) pada asalnya ditutup pada harga RM0.235, dan kemudiannya buat limit up dengan harga setinggi RM0.535, iaitu 30sen kenaikan. Harga inilah yang kita kenali sebagai limit up.

Sesuatu yang perlu para pelabur tekankan dan fahami adalah, kaunter saham syarikat dengan fundamental yang amat bagus jarang sekali mengalami limit up. Kebiasaannya, kaunter saham syarikat yang sering berlaku limit up ini, merupakan kaunter saham yang menjadi tumpuan  para pemanipulasi pasaran modal dengan kewujudan catalyst yang mungkin tidak masuk akal.

Manipulasi yang dilakukan adalah dengan mewujudkan sentimen-sentimen yang tidak masuk akal yang kebiasaannya hanya bersifat sementara.

Unusual Market Activity (UMA) adalah peraturan dikenakan oleh Bursa Malaysia jika harga saham buat kenaikan melampau andai tiada catalyst berkaitan.

Para pelabur hendaklah sedar bahawa sentimen memainkan peranan yang amat penting dalam naik dan turunnya harga sesuatu saham itu. Namun, sesuatu yang perlu kita ingat adalah, kaunter yang memiliki fundamental yang bagus jarang sekali berjaya digoreng oleh sentimen-sentimen yang tidak masuk akal. Maka, mereka jarang sekali mengalami limit up.

Analogi yang mudah, sebuah kereta yang memiliki had laju maksimum sepantas 240km/j. Memang benar bahawa ia mampu untuk mencapai kelajuan 240km/j, namun jika pada setiap hari dan setiap masa pemanduan dipandu dengan kelajuan maksimum, lama-kelamaan ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada kenderaan tersebut.

Misalnya, enjin akan cepat rosak, tayar cepat haus, minyak cepat habis dan sebagainya. Lagi malang sekiranya kemalangan berlaku dan kereta tersebut mengalami kerosakan yang teruk.

Kaunter saham syarikat yang limit up ini juga adalah begitu. Jika ia bergerak dengan terlalu laju setiap hari, lama-kelamaan ia akan memberi kesan yang negatif kepada harga saham. Ini adalah keadaan yang tidak sihat.

Di sini diberikan satu contoh keadaan kaunter yang mengalami limit up dalam masa beberapa hari.

Carta harga saham syarikat Notion Vtec Bhd  (Sumber: tradingview.com)

Berlakunya kenaikan melampau pada harga maksimum (limit up) sehingga dituruti pula dengan kejatuhan maksimum (limit down) berhari–hari pula. Jelasnya di sini, berlakunya manipulasi pasaran terhadap kaunter Notion Vtec seperti yang kita dapat lihat di dalam chart di atas.

Sebagai pelabur yang mungkin turut serta dalam perlumbaan limit up ini, kita hendaklah mempunyai exit plan sejak sebelum menyertai perlumbaan ini lagi.

Punca limit up berhari-hari bagi saham Notion (Sumber: malaysiastock.biz)

Kenaikan saham syarikat sehingga limit up berhari-hari ini adalah berpunca daripada berita ini yang keluar. Walaupun sememangnya ia adalah berita yang baik, namun rancangan memanipulasi pasaran telah berlaku apabila orang-orang yang sudah sedia ada di dalam kapal mula mengepam harga sebelum dump para pelabur baharu yang turut serta mengejar harga yang sudah naik tinggi ini.

Kita perlu sedar bahawa kenaikan yang amat tinggi setiap hari tanpa rehat akan membawa kepada kejatuhan berhari-hari tanpa rehat juga. Sememangnya melihat harga yang berterusan menaik ini adalah amat menggembirakan hati kita, bukan?

Namun harus diingat bahawa kita boleh terus menyertai perlumbaan ini sehinggalah patah trend tersebut, bak kata istilah, “Ride the trend until it bends”.

Bila dah patah trend tu, maka cepat-cepatlah jual dan tunggu buy signal seterusnya jika mahu masuk membeli semula.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share635ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In