• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih tinggi, dipacu oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih menjelang pembentangan Belanjawan 2021 pada petang ini.

Pada rehat tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.94 mata kepada 1,507.43 selepas dibuka susut 0.69 mata kepada 1,500.80.

Ia bergerak dalam jajaran antara 1,497.32 hingga 1,512.56 sepanjang sesi dagangan pagi ini.

Kaunter untung mengatasi rugi iaitu 510 berbanding 466 manakala 437 kaunter tidak berubah, 729 tidak diniagakan manakala 40 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 4.25 bilion bernilai RM2.46 bilion.

Rakuten Trade Research berkata kalangan penggiat pasaran menjangkakan pengumuman Belanjawan 2021 yang positif dan akan menyaksikan dagangan indeks melebihi paras 1,500.

“Oleh itu, pelabur akan mengambil peluang dagangan yang tersedia ini. Oleh kerana harga minyak sawit mentah melebihi RM3,200, saham-saham perladangan akan menjadi penerima utama manfaat itu,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Menurutnya, saham berkaitan penjagaan kesihatan akan turut menjadi tumpuan berikutan lebih banyak kawasan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat susulan peningkatan kes COVID-19. 

Sementara itu, Pasaran ACE kekal paling untung berbanding indeks lain apabila meningkat 4.06 peratus diikuti indeks telekomunikasi yang meningkat 1.58 peratus manakala indeks tenaga dan penjagaan kesihatan masing-masing pada 1.13 peratus dan 1.27 peratus.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik lima sen kepada RM7.13, Top Glove untung empat sen kepada RM8.34, Hartalega meningkat 18 sen kepada RM18.18 dan Public Bank naik lapan sen kepada RM15.08

Bagi saham paling aktif, AT Systematization naik setengah sen kepada 12.5 sen manakala Iris Corporation dan Netx masing-masing menokok 1.5 sen kepada 32 sen and 14 sen dan Kanger International susut satu sen kepada 19 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 48.11 mata kepada 10,938.28, Indeks FBMT 100 menokok 49.47 mata kepada 10,731.60 manakala Indeks FBM Emas Shariah menambah 53.96 mata kepada 13,186.69.

FBM 70 pula naik 94.37 mata kepada 14,427.42 dan FBM ACE melonjak 430.01 mata kepada 11,030.91.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 52.16 mata kepada 12,202.28, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.42 mata kepada 148.94 dan Indeks Perladangan turun 3.86 mata kepada 7,127.75.

— BERNAMA

Share209ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In