fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian, Indeks Komposit Naik 1.21 Peratus

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi hariannya hari ini dengan indeks komposit petunjuk pasaran meningkat 1.21 peratus apabila keyakinan pelabur mendapat rangsangan daripada pengumuman Belanjawan 2021.  

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 18.15 mata kepada 1,519.64 selepas dibuka rendah turun 0.69 mata kepada 1,500.80.

Indeks itu bergerak antara paras 1,497.32 dan 1,519.64 sepanjang hari dagangan.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 624 berbanding 469 manakala 436 kaunter tidak berubah, 613 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7.67 bilion unit bernilai RM4.67 bilion daripada 6.92 bilion unit bernilai RM3.89 bilion.

Saham Pasaran ACE meneruskan aliran meningkatnya dengan indeks pasaran meningkat 3.52 peratus manakala dari segi sektor, perkhidmatan penjagaan kesihatan, telekomunikasi dan kewangan terus diniagakan tinggi masing-masing meningkat 2.27 peratus, 1.77 peratus dan 1.19 peratus.

Penganalisis Malacca Securities Sdn Bhd Kenneth Leong berkata sentimen pasaran mendapat rangsangan daripada berita bahawa kerajaan berusaha untuk mengimbangi keperluan kapasiti penjagaan kesihatan ketika membangunkan momentum pemulihan ekonomi semasa dan membina daya tahan yang lebih baik bagi masa depan. 

“Dalam sentimen pasaran positif ketika ini, kami menjangka sentimen pasaran kekal positif dalam usaha pelabur untuk mendapatkan pulangan hasil lebih tinggi. 

“Prestasi menggalakkan itu juga disokong oleh sektor perbankan yang menyaksikan indeks kewangan dan kebanyakan saham perbankan diniagakan tinggi hari ini berikutan status quo kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara sebelumnya,” katanya kepada Bernama.

Mengenai faktor luaran, Leong berkata sentimen pasaran juga mendapat rangsangan daripada perkembangan terkini pilihan raya Amerika Syarikat (AS).

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 10 sen kepada RM7.18, Top Glove naik 20 sen kepada RM8.50, Hartalega menokok 20 sen kepada RM18.20 dan Public Bank menambah 22 sen kepada RM15.22.

Dalam kalangan kaunter cergas, AT Systematization meningkat satu sen kepada 13 sen, Iris Corporation naik satu sen kepada 31.5 sen, Netx Holdings menokok 1.5 sen kepada 14 sen manakala Kanger turun 1.5 sen kepada 18.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 128.80 mata kepada 11,018.97, Indeks FBMT 100 naik 131.15 mata kepada 10,813.28 manakala Indeks FBM Emas Shariah menokok 142.67 mata kepada 13,275.40.

FBM 70 meningkat 183.75 mata kepada 14,516.80 dan FBM ACE naik 373.01 mata kepada 10,973.91.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 144.34 mata kepada 12,294.46, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.43 mata kepada 149.79 tetapi Indeks Perladangan turun 8.23 mata kepada 7,123.38.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 3.19 bilion saham bernilai RM3.36 bilion daripada 3.83 bilion saham bernilai RM3.04 bilion.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 901.24 juta unit bernilai RM196.64 juta daripada 733.30 juta unit bernilai RM145.95 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 3.57 bilion saham bernilai RM1.10 bilion berbanding 2.36 bilion saham bernilai RM703.68 juta pada Khamis.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 657.37 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (956.02 juta), pembinaan (170.57 juta), teknologi (396.37 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (35.81 juta), hartanah (233.81 juta), perladangan (108.43 juta), REIT (9.48 juta), dana tertutup (5,800), tenaga (176.47 juta), penjagaan kesihatan (124.21 juta), telekomunikasi dan media (68.91 juta), pengangkutan dan logistik (131.83 juta) dan utiliti (126.96 juta).

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In