fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian, Dipacu Momentum Belian Aktif

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup tinggi pada paras tertinggi harian hari ini dengan indeks penanda aras melepasi 1,500 mata, dipacu oleh momentum belian aktif dan turut sejajar dengan prestasi positif pasaran serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 36.88 mata atau 2.52 peratus kepada 1,501.49, selepas dibuka 4.25 mata lebih kukuh pada 1,468.86.

Indeks utama itu bergerak di antara 1,467.84 dengan 1,501.49 mata sepanjang dagangan hari ini.

Lingkungan pasaran keseluruhan adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 1,096 berbanding 204 manakala 288 kaunter tidak berubah, 553 kaunter tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 6.92 bilion unit bernilai RM3.89 bilion daripada 7.34 bilion unit bernilai RM3.36 bilion pada penutupan semalam.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata FBM KLCI CI ditutup tinggi hari ini untuk mencecah lebih 1,500 mata, didorong sentimen pasaran yang dirangsangkan oleh pembentangan Belanjawan 2021 esok serta perkembangan terkini keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (AS).

“Sime Darby Plantation menerajui saham untung dalam kalangan 30 kaunter yang membentuk Indeks FBM KLCI dengan kenaikan 6.6 peratus manakala tiada syarikat mencatatkan penurunan hari ini.

“Mengikut sektor, indeks teknologi meningkat 5.4 peratus, menjadi yang tertinggi berbanding sektor lain di bursa tempatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata indeks pembinaan merupakan sektor kedua yang merekodkan kenaikan tertinggi dengan 4.3 peratus memandangkan pelabur menjangkakan projek mega yang digariskan dalam Belanjawan 2020 diumumkan semasa pembentangan belanjawan esok.

“Lebih menarik hari ini, semua sektor mencatatkan kenaikan susulan pasaran menyambut baik perkembangan terkini keputusan pilihan raya presiden AS yang menyaksikan Joe Biden mendahului Donald Trump dalam persaingan itu,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik lapan sen kepada RM7.08, Top Gloves meningkat 20 sen kepada RM8.30, Hartalega menambah 16 sen kepada RM18.00, Public Bank menokok 14 sen kepada RM15.00 dan Tenaga melonjak 42 sen kepada RM10.06.

Malaysian Pacific Industries mendahului senarai saham untung apabila melonjak RM1.50 kepada RM24.10, diikuti Fraser & Neave yang meningkat 92 sen kepada RM32.00, Greatech menokok 82 sen kepada RM8.67 dan UWC menambah 62 sen kepada RM7.36.

Antara saham aktif, AT Systematization tidak berubah pada 12 sen, Kanger naik 3.5 sen kepada 20 sen, NETX menambah satu sen kepada 12.5 sen, Bintai Kinden menokok 6.5 sen kepada 71.5 sen manakala Konsortium Transnasional meningkat dua sen kepada 16 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 286.17 mata kepada 10,980.17, Indeks FBMT 100 menambah 273.47 mata kepada 10,682.13 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 401.41 mata kepada 13,132.73.

FBM 70 meningkat 410.05 mata kepada 14,333.05 dan FBM ACE melonjak 508.73 mata kepada 10,600.90.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 168.09 mata kepada 12,150.12, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri naik 5.39 mata kepada 149.36 dan Indeks Perladangan menambah 224.64 mata kepada 7,131.61.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.83 bilion saham bernilai RM3.04 bilion daripada 2.87 bilion saham bernilai RM2.36 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran sebanyak 733.30 juta unit bernilai RM145.95 juta berbanding 732.77 juta unit bernilai RM148.77 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula susut kepada 2.36 bilion saham bernilai RM703.68 juta daripada 3.70 bilion saham bernilai RM850.71 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 774.33 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (1.05 bilion), pembinaan (350.82 juta), teknologi (249.19 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (132.09 juta), hartanah (261.76 juta), perladangan (240.39 juta), REIT (10.45 juta), dana tertutup (6,000), tenaga (292.24 juta), penjagaan kesihatan (98.15 juta), telekomunikasi dan media (43.26 juta), pengangkutan dan logistik (214.53 juta) serta utiliti (209.37 juta).

— BERNAMA

Share292ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

1 week ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In