fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Peningkatan

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatan semalam apabila dibuka tinggi hari ini, menjejaki prestasi Wall Street ketika kiraan undi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) masih dijalankan.

Pada 9.06 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 10.98 mata kepada 1,475.59 selepas dibuka 4.25 mata lebih tinggi kepada 1,468.86.

Kaunter untung mengatasi rugi iaitu 362 berbanding 103 manakala 233 kaunter tidak berubah, 1,443 tidak diniagakan manakala 28 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 385.16 juta bernilai RM191.52 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun pemilihan presiden AS masih berlangsung, kalangan pelabur sebaliknya menarik nafas lega kerana kedua-dua parti itu tidak menguasai kerusi majoriti di Senat mahupun Dewan Perwakilan.

“Ini bermakna sebarang perubahan dasar yang ketara sukar untuk diketengahkan.

“Selain itu, kami juga berpendapat aktiviti belian secara bergilir-gilir membabitkan saham-saham berharga rendah akan ketara dalam tempoh terdekat ini berikutan sentimen pasaran yang positif,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Setakat pagi ini, calon Presiden daripada Parti Demokrat Joe Biden sedang mendahului Presiden Donald Trump yang mewakili Republikan, dalam undian elektoral.

Mana-mana calon perlu memenangi sekurang-kurangnya 270 undi elektoral daripada jumlah keseluruhan sebanyak 538 untuk menduduki kerusi Presiden.

Dalam pada itu, firma pembrokeran itu berkata sektor perladangan dijangka mendapat minat dagangan selanjutnya berikutan kenaikan harga minyak sawit mentah yang kian menghampiri paras RM3,100 satu tan.

“Kami juga melihat sektor pembinaan akan terus mendapat minat susulan pembentangan Belanjawan 2021 yang dijangka menyaksikan projek-projek megara prasarana diketengahkan,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik lima sen kepada RM7.05, Hartalega meraih enam sen kepada RM17.90, Public Bank untung 24 sen kepada RM15.10 dan Petronas Gas meningkat 26 sen kepada RM16.06.

Fraser and Neave mendahului kaunter paling untung dengan menokok 52 sen kepada RM31.60,  diikuti oleh Malaysian Pacific Industries yang naik 48 sen kepada RM23.08 dan Hong Leong Financial meningkat 44 sen kepada RM14.38.

Bagi saham aktif, Berjaya Corporation menambah tiga sen kepada 21.5 sen, Iris Corporation dan AT Systematization pula masing-masing meningkat setengah sen kepada 31 sen dan 12.5 sen manakala Vsolar tidak berubah pada 3.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas melonjak 80.34 mata kepada 10,684.34, Indeks FBMT 100 naik 76.45 mata kepada 10,485.11 dan Indeks Syariah FBM Emas meningkat 81.00 mata kepada 12,812.32.

FBM 70 pula menokok 96.17 mata kepada 14,019.17 dan FBM ACE melonjak 119.52 mata kepada 10,211.69.

Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 133.74 mata kepada 12,115.76, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.87 mata kepada 144.84 dan Indeks Perladangan meraih 21.20 mata kepada 6,928.17.

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In