fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Kukuh

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 5 Nov  (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih kukuh secara keseluruhan, didorong oleh momentum positif dalam beberapa indek dan hartanah serta saham permodalan kecil dan sederhana.

Indeks teknologi dan pembinaan, masing-masing mengukuh 3.84 peratus dan 3.63 peratus sementara minat belian dalam kaunter hartanah, saham permodalan kecil dan sederhana, mengukuh lebih daripada dua peratus kepada indeks penanda aras.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 17.15 mata kepada 1,481.76 selepas dibuka 4.25 mata lebih tinggi pada 1,468.86.

Ia bergerak antara 1,467.84 dan 1,484.03 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 827 berbalas 250 manakala 357 kaunter tidak berubah, 707 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah pada 3.70 bilion saham bernilai RM1.81 bilion.

Seorang penganalisis berkata kestabilan pasaran adalah seiring dengan bursa Asia yang lain, mengambil petunjuk daripada trend menaik pasaran semalaman AS, di celah-celah undian berterusan untuk pilihan raya presiden AS.

Public Investment Bank Bhd dalam notanya berkata belum ada presiden diisytiharkan lagi.

“Menurut keputusan yang dikeluarkan oleh Associated Press, pesaing Parti Demokratik Joseph R. Biden mendapat 264 undian berbanding Donald J Trump sebanyak 214 dan apa-apapun, pasaran tidak dijangka memberi tindak balas yang terlalu negatif.

“Kemenangan Trump akan menyaksikan “keadaan yang lebih kurang sama” berdasarkan kepada pengalaman yang kita telah lalui selama empat tahun lepas, sementara kemenangan Biden juga akan melihat reaksi pasaran yang agak tenang dengan jangkaan keadaan yang lebih damai di dalam negara dan global,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM7.04, Top Glove meningkat tiga sen kepada RM8.13, Public Bank menambah 14 sen kepada RM15.00 dan Petronas Gas mengukuh 20 sen kepada RM16.00.

Sebaliknya, Hartalega turun empat sen kepada RM17.80.

Fraser dan Neave mendahului senarai saham paling untung, menambah 78 sen kepada RM31.86, diikuti oleh UWC yang meningkat 58 sen kepada RM7.32, Vitrox naik 56 sen kepada RM14.56 dan KL Kepong mengukuh 52 sen kepada RM22.78.

Kaunter paling aktif,  AT Systematization menyusut setengah sen kepada 11.5 sen, NETX menambah satu sen kepada 12.5 sen, Konsortium Transnasional meningkat 3.5 sen kepada 17.5 sen dan Berjaya Corporation naik 1.5 sen kepada 20 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 151.56 mata kepada 10,755.56, Indeks FBMT 100 menokok 141.63 mata pada 10,550.29 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 205.87 mata kepada 12,937.19.

FBM 70 naik 266.04 mata kepada 14,189.04 dan FBM ACE meningkat 183.83 mata pada 10,276.00.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 109.26 mata kepada 12,091.29, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian mengembang 1.75 mata pada 145.72 dan Indeks Perladangan naik 129.35 mata kepada 7.036.32.

– BERNAMA

Share223ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In