Pada 28 Oktober 2020 yang lalu, ATA IMS Berhad (ATAIMS) telah mengumumkan prestasi kewangan bagi suku tahun ke dua 2020 (2QFY2020) yang sangat memberansangkan. Dahulunya ATAIMS dikenali sebagai Denko Industrial Corporation Berhad.
ATAIMS yang berpangkalan di Johor Bahru, merupakan sebuah syarikat Electronics Manufacturing Service (EMS) yang di senaraikan di papan utama Bursa Malaysia di bawah sektor ‘Industrial Products & Services’. Syarikat ini adalah pakar dalam industri berkaitan penjagaan rumah, penjagaan persekitaran, LED, Internet of Things (IOT), automotif dan perubatan.

ATAIMS merekodkan pulangan yang tinggi iaitu RM1,337.7 juta, naik sebanyak RM405.9 juta atau 43.6% berbanding 2QFY2019. Keuntungan sebelum cukai di rekodkan meningkat sebanyak 66.5%, dari RM17.0 juta ke RM90.3 juta.
Peningkatan pendapatan dan keuntungan sebelum cukai adalah hasil dorongan daripada peningkatan jualan oleh pelanggan yang sedia ada serta penambahbaikan produktiviti dan operasi yang efisyen.
Meskipun syarikat ATAIMS mengumumkan prestasi kewangan yang baik, pedagang perlu melihat carta dan membuat ‘trading plan’ sebelum membuat sebarang keputusan untuk beli dan jual saham.

Berdasarkan analisa teknikal, ATAIMS telah pun melepasi rintangan RM 1.95 yang juga merupakan 52-week-high (52WH) pada 19 Oktober lalu. Kini ATAIMS di lihat sedang mencuba untuk melepasi rintangan RM 2.36 semula.
Sekiranya ATAIMS berjaya melepasi rintangan RM 2.36 dan kekal berada di atas paras sokongan RM 1.95, ‘target price’ ATAIMS yang pertama adalah RM2.50 sebelum menuju ‘target price’ ke dua iaitu RM 2.80.
Penulisan ini adalah bertujuan bertujuan Pendidikan. Ini bukan saranan untuk membeli ataupun menjual. Sebarang tindakan ataupun keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)