Bagi pelabur yang dah berkecimpung dalam dunia pelaburan saham ini, mesti pernah dengar akan waran ini kan. Persoalannya, mengapakah perlu untuk kita berkenalan dengan waran?
Kerana, dengan mengenali waran secara baik, kita akan mendapat peluang untuk memperoleh pulangan sehingga 100% sehari!
Waran Sama Seperti Saham?
Waran juga saham yang boleh diperdagangkan di pasaran Bursa Malaysia. Erti kata lain, pembelian waran mampu menjana keuntungan yang boleh diraih. Namun ianya tidak sama dari beberapa sudut yang berbeza.
Waran merupakan instrumen yang memberi hak kepada para pelabur untuk menjadi pemegang saham pada masa akan datang. Instrumen ini memberi peluang bagi para pelabur yang tidak mempunyai modal yang besar untuk memiliki hak tersebut terlebih dahulu. Kemudian pada masa hadapan apabila wang modal telah mencukupi, mereka boleh menukarkan waran ini kepada mother share dengan bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar waran tersebut. Bayaran tambahan ini dikenali sebagai exercise price.
Secara ringkasnya, waran merupakan deposit pembelian ke atas mother share bagi para pelabur yang mahu membeli saham sesuatu syarikat namun tiada modal yang mencukupi. Ia seolah-olah para pelabur membuat tempahan untuk membeli saham syarikat tersebut pada masa akan datang apabila wang modal mereka telah mencukupi kelak.

Berdasarkan imej di atas, mother share nya adalah DSONIC, manakala waran yang diterbitkan oleh DSONIC pula adalah DSONIC-WA.
Apakah yang membezakan DSONIC-WA dan waran-waran yang lain?
DSONIC-WA merupakan waran yang diterbitkan sendiri oleh syarikat DSONIC, manakala DSONIC-C yang lain merupakan structured warrant yang diterbitkan oleh pihak ketiga, di mana mereka kebiasaannya adalah dari rumah broker atau institusi-institusi bank di dalam Malaysia.
Kenapa Syarikat Mengeluarkan Waran?
Hal ini adalah kerana syarikat mahu mendapatkan tunai dengan segera bagi menjana perniagaannya. Antara cara yang boleh syarikat gunakan dalam mendapatkan tunai adalah dengan membuat pinjaman bank, berhutang dengan orang awam dengan membayar bond, menjual sebahagian saham syarikat kepada orang awam melalui penerbitan IPO, serta dengan cara yang sedang kita bincangkan ini iaitu dengan cara menerbitkan waran.
Harga waran yang jauh lebih murah ini dilihat mampu menarik para pelabur awam untuk menyumbangkan sedikit wang mereka kepada perniagaan syarikat kerana ianya cara yang lebih mudah untuk sesebuah syarikat tersenarai di pasaran Bursa Malaysia untuk mendapatkan tunai dengan memilih untuk terbitkan waran. Oleh sebab perlaksanaan yang mudah, maka mereka lebih memilih untuk menerbitkan waran berbanding daripada mengambil langkah yang lain yang mungkin memerlukan proses yang lebih lama dan agak sukar serta kos terbitan yang minimum.

Kebiasaannya bond dan waran akan dikeluarkan jika syarikat mempunyai projek yang besar dan memerlukan dana yang besar serta tempoh pelaksanaan projek yang lama.
Jenis-jenis Waran
Waran syarikat
Merupakan waran yang dikeluarkan oleh pihak syarikat itu sendiri, di mana ia adalah bertujuan untuk mendapatkan dana tambahan bagi tujuan pengembangan syarikat, membayar hutang atau membiayai projek kontrak yang diperolehi. Simbol waranini dikenali oleh huruf WA, WB, WC dan sebagainya.

WA adalah merujuk kepada waran yang pertama yang diterbitkan oleh syarikat. Apabila waran yang pertama telah tamat tarikhnya, maka wujudlah pula waran yang kedua, iaitu WB, kemudiannya yang ketiga, WC, dan sebagainya. Waran jenis ini adalah berstatus patuh syariah.
Structured Warrant (Waran Berstruktur)
Structured warrant pula merupakan waran yang diterbitkan oleh pihak ketiga, iaitu rumah broker yang layak ataupun institusi kewangan. Terdapat dua jenis structured warrant, iaitu Call Warrant dan juga Put Warrant. Simbol waran ini dikenali dengan huruf C, H dan sebagainya. Misalnya C11, H18.
Structured warrant mula berada dalam Bursa Malaysia mulai tahun 2012, di mana bank yang pertama menerbitkan structured warrant ini adalah CIMB, kemudian diikuti oleh AmBank, Maybank Investment, Kenanga Investment Bank Berhad dan sebagainya.

Jika dilihat pada imej di atas, terdapat terlalu banyak structured warrant yang berada di bawah nama syarikat ini.
Di hujung nama waran itu, diletakkan bahawa Call Warrant atau pun Put Warrant itu diterbitkan oleh broker-broker yang berkenaan, misalnya KIBB yang merujuk kepada Kenangan Investment Bank Berhad, RHB Bank, AmBank, CIMB Bank dan sebagainya.
Asal-Usul Structured Warrant
Ia bermula apabila issuer, iaitu KIBB, Macquarie, MIBB, AB, CIMB mahu membeli saham mother share. Untuk membeli mother share, ia perlu mengkaji dahulu sama ada market capital nya dan number of share nya sesuai untuk diterbitkan waran ataupun tidak.
Mother share yang memiliki market capital yang melebihi satu bilion sahaja yang boleh digunapakai untuk ia menerbitkan structured warrant ini. Number of shares juga hendaklah besar untuk membolehkan waran ini diterbitkan. Institusi-institusi ini turut membuat kajian yang mendalam ke atas fundamental sesuatu syarikat itu sebelum menerbitkan waran di bawah nama syarikat tersebut.
Oleh sebab itu, para pelabur hendaklah sedar bahawa sebenarnya structured warrant yang dikeluarkan oleh institusi-institusi ini bukanlah merupakan sesuatu yang semberono dibuat. Mereka telah membuat kajian yang mendalam sebelum menerbitkan structured warrant ini.
Jadi di sini, dengan melihat kepada bilangan structured warrant yang diterbitkan oleh pihak ketiga ini sahaja sudah boleh untuk kita mengetahui sama ada sesuatu kaunter saham syarikat itu merupakan kaunter yang bagus atau pun tidak.
Bagaimana Pula Dengan Status Patuh Syariah Structured Warrant?
Memandangkan structured warrant sebenarnya masih agak baharu wujud dalam pasaran Bursa Malaysia, maka ia masih lagi dalam kajian. Buat masa ini, waran jenis ini masih belum disenaraikan sebagai patuh syariah kerana terbitan pihak ketiga dan tiada bersandarkan saham yang sebenar terbitan syarikat tersebut.
Para pelabur yang beragama Islam masih tidak boleh membelinya kerana buat masa ini ianya tidak patuh syariah.
Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran? Buat julung kalinya, The Kapital membawakan sesi TUISYEN SAHAM bagi membantu anda mengulangkaji dengan lebih mudah. Kita akan fokus kepada 2 topik utama :
Waran (Warrant)
Corporate Action (Bonus Issue, Share Split, Dividen dan Rights Issue)
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)