fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Jejaki Prestasi Wall Street

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, menjejaki prestasi aliran meningkat Wall Street, didorong harapan pelabur terhadap kejelasan menerusi keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) dan pakej rangsangan fiskal yang mungkin dirangka selepas keputusan itu dimuktamadkan, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.87 mata kepada 1,464.32 setelah dibuka 3.04 mata lebih baik kepada 1,464.49.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 276 berbanding 107 manakala 248 kaunter tidak berubah, 1,510 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 321.75 juta bernilai RM105.74 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata ia menjangkakan momentum kurang memberangsangkan di bursa tempatan berterusan memandangkan pelabur akan memantau perkembangan keputusan pilihan raya AS yang meletakkan mereka bersedia bagi sebarang kemungkinan.

“Sementara itu, tumpuan pelabur mengikut pusingan sektor juga berlaku ke atas saham berharga rendah walaupun sentimen masih tidak stabil berikutan sesi pengiraan undi AS sedang berlangsung semasa tempoh dagangan pasaran hari ini.

“Kami menyaksikan sektor pembinaan menjadi tumpuan pelabur sebelum menjelang pembentangan Belanjawan 2021 dengan projek infrastruktur mega dijangka dikekalkan,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firma pembrokeran itu berkata sektor teknologi juga mungkin kekal kukuh berasaskan prestasi teguh Nasdaq dalam tempoh semalaman.

Kenaikan di barometer pasaran tempatan disumbangkan terutama oleh Fraser &  Neave yang meningkat 26 sen kepada RM31.28, Malaysian Pacific Industries menambah 16 sen kepada RM22.02 dan Hartalega menokok 10 sen kepada RM17.86.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM6.99, Top Glove tidak berubah pada RM8.32 dan Public Bank meningkat empat sen kepada RM15.00.

Bagi saham aktif, Vortex Consolidated naik setengah sen kepada 5.5 sen, XOX turun 1.5 sen pada 11.5 sen, GD Express Carrier menambah dua sen kepada 41.5 sen dan Salcon tidak berubah pada 34 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 33.28 mata kepada 10,595.07, Indeks FBMT 100 menambah 30.27 mata kepada 10,401.48 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 37.90 mata kepada 12,708.65.

Sementara itu, FBM 70 naik 78.67 mata kepada 13,893.29 dan FBM ACE melonjak 94.12 mata kepada 9,853.93.

Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 21.26 mata kepada 12,003.33, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.34 mata kepada 142.62 dan Indeks Perladangan menambah 4.30 mata kepada 6,847.68.

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In