Sejarah Opensys Berhad bermula pada tahun 1996 dengan hanya 10 orang pekerja. Projek pertamanya adalah apabila Opensys menjadi penyedia sokongan perisian (software support) kepada syarikat gergasi pembekal ATM (Automated Teller Machine) dan barangan POS (Point of Sale) di Amerika Syarikat.
Opensys merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di papan Ace Bursa Malaysia. Nilai pasaran Opensys kini adalah sebanyak RM256.93 juta. Mari kita lihat 10 perkara tentang Opensys sebelum anda melabur ke dalam saham syarikatnya.
1. Opensys Sering Memberi Dividen

Sekiranya anda seorang pelabur yang mengharapkan pulangan dividen, Opensys adalah pilihan yang baik. Sejak tahun 2017, Opensys tidak pernah putus-putus memberi dividen kepada pemegang sahamnya. Pada tahun 2019, Opensys telah mengagihkan dividen sebanyak 4 kali dan tahun ini sahaja pelabur telah menerima dividen sebanyak 3 kali setakat ini.
2. Kaunter Ringan

Saham Opensys diapungkan sebanyak 446.84 juta unit. Kaunter ini dianggap ringan kerana tidak banyak unit saham yang diapungkan. Ada sesetengah saham di Bursa Malaysia mempunyai sehingga berbilion unit. Saham ringan adalah apabila tidak banyak bilangan saham yang ada dan mudah untuk saham ini naik atau turun.
3. Keputusan Kewangan 5 Tahun Lepas

Secara puratanya, Opensys telah mencatatkan perolehan lebih daripada RM75 juta setiap tahun dan berjaya menjana keuntungan bersih berjumlah RM41.7 juta daripada tahun 2015 ke 2019.
4. Siapa Pemegang Saham Utama Opensys?

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Eksekutif Opensys, Encik Tan Kee Chung adalah pemegang saham tersebar syarikat ini yang memiliki pegangan sebanyak 21.27%. Di antara pemegang saham utama yang lain adalah Alaka Holdings dan DBS Bank yang merupakan pelabur asing (foreign investor).
5. Earnings Per Share (EPS)

Sumber : Opensys
Sekiranya nilai EPS syarikat positif, maknanya syarikat tersebut sedang membuat keuntungan. Secara tidak langsung, perkara ini akan memberi keyakinan kepada para pelabur. Secara purata, EPS yang dicatatkan oleh Opensys adalah sebanyak 2.77 sen daripada setiap saham yang diapungkan.
6. Produk
OpenSys adalah syarikat berasaskan teknologi perisian yang memberikan solusi kepada industri perkhidmatan kewangan dan perbankan dalam bidang mesin layan diri dan sistem penyampaian universal.Mereka juga terlibat dalam perkhidmatan teknologi maklumat (IT), seperti integrasi sistem, pengurusan projek, pengembangan perisian, perkhidmatan sokongan dan latihan, pemasangan, membuat, menjual, mengimport, mengeksport, menyewa, membiaya, memasang, mengubah, menyelenggara dan memperbaiki pelbagai jenis komputer, mesin layan diri, penyelesaian dan penyediaan aplikasi perisian perkhidmatan yang berkaitan.
7. Prospek
Opensys mula mencari peluang dan telah menyediakan online platform untuk terus berkembang. Opesnsys Technologies anak syarikat Opensys Berhad telah melancarkan “buysolar”, platform pusat sehenti dalam talian untuk memasarkan produk solar.
8. Pelanggan Utama

Opensys mendominasi pasaran dalam industri mesin ATM, kiosk pembayaran bil dan mesin pemproses cek berasaskan gambar pintar. Pelanggan-pelanggan Opensys adalah seperti Hong Leong Bank, Public Bank, Maxis, RHB Bank, Aeon Credit Service, TM, TNB, UOB Bank, Cimb, Maybank, Celcom, Standard Chartered,Sarawak Energy dan banyak lagi. Semakin tinggi pertumbuhan bank di Malaysia, semakin banyak mesin ATM yang diperlukan.
9. Pandangan Daripada Sudut Teknikal

Harga terkini ketika artikel ini ditulis adalah 56.0 sen. Secara keseluruhannya Opensys masih berada di atas paras sokongan uptrend. Namun, setelah mencatatkan harga All Time High iaitu pada 74 sen, Opensys terus bertukar trend kepada sideways. Adakah saham ini boleh naik lagi daripada segi teknikal? Daripada sudut teknikal, kita harus menunggu apa yang akan terjadi setelah ia mencecah paras sokongan pada 51 sen.
Harga 51 sen dilihat sebagai paras sokongan yang kuat dan seeloknya kita boleh tunggu dan lihat adakah ia boleh membuat lantunan semula dari paras tersebut. Indicator RSI juga menunjukkan ia telah berada dalam zon oversold yang membawa maksud terdapat potensi kenaikan yang boleh dijangka untuk masa akan datang.
10. Risiko
Masyarakat dunia mula beralih kepada cashless society. Saban hari semakin banyak platform yang menawarkan pembayaran tanpa wang tunai. Lama-kelamaan penggunaan mesin ATM semakin berkurangan dan orang ramai tidak memerlukan wang ringgit secara fizikal. Perkara ini merupakan risiko kepada syarikat pembekal mesin ATM seperti Opensys sekiranya mesin ATM tidak lagi diperlukan pada masa hadapan.
Selain daripada itu, jangka hayat mesin ATM yang lama juga menjadi salah satu risiko. Pihak bank tidak mempunyai keperluan untuk menukar mesin di cawangan bank setiap tahun.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)