fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Saham P&G Sudah Naik, Saham Global Apa Yang Bakal Menyusul?

in Saham Global
A A
Saham P&G Sudah Naik, Saham Global Apa Yang Bakal Menyusul?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI

Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street

How Can P&G Be So Clueless About What Customers Want?

Tahukah anda bahawa Ambi Pur, Downy, Febreze, Gillette, Pampers, SK-II dan Head & Shoulders adalah produk milik syarikat Procter & Gamble (P&G)?

P&G not interested in marrying into one ad holding company | Advertising |  Campaign Asia

Procter & Gamble (NYSE : PG) adalah syarikat industri barang pengguna (consumer) yang berpangkalan di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1837, syarikat ini mempunyai teras perniagaan barangan berjenama dan berkualiti tinggi yang boleh kita dapati di sekeliling kita. Malah, anak syarikatnya Procter & Gamble (M) Sdn Bhd beroperasi di Petaling Jaya untuk mengurus permintaan tinggi terhadap produk–produk mereka di dalam Malaysia sejak tahun 1987 lagi.

P&G mula disenaraikan di pasaran saham New York (NYSE) seawal tahun 1980 pada harga USD2 bagi seunit saham dan terkini harga sahamnya sudah mencecah setinggi USD145.87. Ianya merupakan kenaikan sebanyak 10,000% lebih!

Mengikuti carta sahamnya pula, boleh kita perhatikan terdapat percubaan untuk membuat All-Time High (ATH) pada penghujung 2019 sebelum kejatuhan besar–besaran akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Namun, syarikat ini mempunyai teknikal analisis yang sihat apabila kejatuhan disebabkan sentimen pandemik cuma bersifat sementara sebelum pendakian untuk ATH bermula pada 28 Julai 2020.

Harga tertinggi bagi saham ini dicapai pada 16 Oktober 2020 yang lalu pada paras USD145.87 seunit.

Pandemik Covid-19 Bantu Penjualan Produk P&G

Pada 20 Oktober 2020, P&G telah mengeluarkan laporan kewangan syarikat dengan peningkatan pendapatan syarikat sehingga 9% dengan penjualan meningkat dek permintaan tinggi terhadap produk kebersihannya, terutamanya daripada pasaran benua Amerika Utara. Bahkan syarikat ini berjaya mengalahkan jangkaan para analisis apabila nilai EPS adalah USD1.63 berbanding jangkaan USD1.42.

Begitu juga dengan jangkaan pendapatan syarikat iaitu sebanyak USD19.32 bilion berbanding jangkaan USD18.38 bilion. Menurut Ketua Pegawai Kewangan P&G Jon Moeller, pelaksanaan jualan secara digital melalui e-commerce sedikit sebanyak membantu penjualan produk mereka sehingga 12% dan 30% peningkatan terhadap penjualan kebersihan barangan rumah.

Terkini P&G memiliki pasaran modal (market capitalization) sebanyak USD354.72 bilion dan menjangkakan laporan kewangan yang lebih baik pada tahun hadapan dengan perkembangan jualan sehingga 4% berbanding jangkaan sebelum ini iaitu serendah 1%.

Selepas P&G, Saham Global Apa Yang Bakal Menyusul?

Kisah pandemik kali ini menyebabkan krisis ekonomi serata dunia, ada juga syarikat terpaksa gulung tikar kerana kelembapan aktiviti ekonomi menjadi punca kenaikan indeks kadar hilang pekerjaan Amerika Syarikat. Namun, pandemik ini memberi peluang kepada beberapa sektor dengan pertambahan jualan produk mereka seperti sektor sarung tangan dan juga sektor pengguna.

Terdapat beberapa lagi syarikat yang ternama juga dari sektor pengguna yang sama seperti P&G.

1. The Unilever Group (UL)

Unilever Network - Introduction

Unilever juga merupakan syarikat dalam sektor pengguna dengan beberapa produknya mendapat tempat di hati pengguna seperti Axe, Dove, Rexona, Sunsilk dan Lux. Unilever juga mempelbagaikan perniagaan syarikatnya dengan memasuki pasaran makanan dan minuman (F&B) seperti Lipton, Skippy, Wall’s dan juga Knorr.

Walaupun laporan terbaharu menunjukkan bahawa penjualan deodoran dan set penjagaan muka jatuh akibat pengamalan penjarakan sosial, namun syarikat Unilever mendapati permintaan tinggi terhadap sektor pemakanan dengan kenaikan sehingga 26% penjualan bagi produk aiskrim. Penjualan produk kebersihan juga menjadi punca laporan kewangannya baru–baru ini mengatasi nilai kejatuhan jangkaan para analisis sehingga 4.3%.

Pergerakan harga sahamnya pula dilihat menghampiri paras ATH yang telah dilakukan pada 4 September 2019 lalu, iaitu pada paras USD62.86. Dengan pasaran modal sebanyak USD163.50 bilion, Unilever dijangka mengikuti jejak langkah pesaing utamanya, P&G untuk melakukan ATH baharu dalam masa terdekat.

2. Colgate-Palmolive

Siapa yang tak kenal jenama ubat gigi terkenal Colgate? 

Dividend Champion Spotlight: Colgate-Palmolive Co. (NYSE:CL) | Seeking Alpha

Tapi tahukah anda, Colgate bukan sahaja jenama untuk ubat gigi, bahkan terdapat lebih 50 produk dibawah satu syarikat iaitu Colagate – Palmolive (NYSE : CL). Berpangkalan di Manhattan, New York, Colgate – Palmolive juga merupakan pesaing kepada P&G dengan keutamaan produk penjagaan dan kebersihan selain daripada mempelbagaikan perniagaan syarikatnya ke dalam sektor binatang peliharaan. Untuk produk ubat giginya sahaja, ianya telah menguasai sebanyak 40% daripada permintaan pasaran serata dunia.

Syarikat ini juga menerima tempias baik pandemik Covid-19, apabila terdapat permintaan tinggi terhadap produk kebersihan mereka seperti Ajax, Palmolive, Protex dan Axion. Menurut Forbes, Colgate-Palmolive dilihat mencatat peningkatan pendapatan syarikat yang bertambah baik daripada USD15.45 bilion pada tahun 2017 kepada USD15.70 bilion pada tahun 2019. 

Harga sahamnya telah melakukan ATH pada 13 Oktober 2020, iaitu pada paras USD80.99. Dengan pasaran modal USD68.45 bilion, Colgate-Palmolive dijangka mengikuti jejak langkah P&G untuk terus membuat kenaikan seiring dengan permintaan tinggi terhadap produk penjagaan dan kebersihan.

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.

Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️ 

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ 

Share390ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 week ago
Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI
Saham Global

Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI

3 weeks ago
Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street
Saham Global

Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street

4 weeks ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In