fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah pada sesi dagangan tengah hari ini selepas sesi pagi yang tidak menentu kerana pasaran terus dipengaruhi kebimbangan terhadap faktor dalaman dan luaran.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.0 mata kepada 1,463.46 selepas dibuka 2.65 mata lebih tinggi pada 1,469.11.

Indeks utama bergerak antara 1,460.60 dan 1,470.69 sepanjang sesi pagi.

Bagaimanapun, pergerakan harga pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 574 berbalas 350 manakala 391 kaunter tidak berubah, 814 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 3.97 bilion unit bernilai RM1.91 bilion.

Seorang penganalisis berkata pemulihan Bursa Malaysia terhenti kerana bimbang dengan keputusan pilihan raya AS dan meningkatnya kes COVID-19 seluruh dunia.

Beliau menambah sebarang keputusan daripada pilihan raya Presiden kemungkinan besar akan mengganggu pasaran ekuiti dalam tempoh terdekat.

“Di pasaran tempatan, pelabur terus menantikan keputusan dasar monetari Bank Negara Malaysia lewat petang ini bagi mendapatkan hala tuju pasaran.

“Meskipun mungkin terdapat satu lagi pusingan penurunan kadar, kami berpendapat kelemahan dalam sektor perbankan akan dapat dikekang oleh sektor lain yang sangat bergantung kepada pembiayaan hutang seperti pembinaan, utiliti serta sektor minyak dan gas,” kata beliau kepada Bernama.

Urus niaga tidak menentu pagi ini menyaksikan indeks pengangkutan dan logistik paling teruk terjejas, merosot sebanyak 2.80 peratus, diikuti oleh saham ACE sebanyak 1.48 peratus.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun 11 sen kepada RM2.37, Maybank susut tiga sen kepada RM6.98, Nestle jatuh 90 sen kepada RM138.90 dan RHB Bank menyusut lima sen kepada RM4.28.

Sebaliknya, Tenaga mengukuh lima sen kepada RM9.65 dan Petronas Gas meningkat empat sen kepada RM15.84.

Saham cergas pula, GD Express Carrier turun tujuh sen kepada 42 sen, XOX setengah sen lebih tinggi pada 13 sen, Mah Sing naik 8.5 sen kepada 96.5 sen dan Vortex Consolidated kekal tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 9.58 mata kepada 10,571.61, Indeks FBMT 100 naik 1.40 mata lebih baik pada 10,384.98 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 17.86 mata kepada 12,703.84.

Sementara itu, FBM 70 naik 90.15 mata kepada 13,830.94 dan FBM ACE 140.79 mata lebih kukuh pada 9,687.19.

Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 11.72 mata kepada 11,946.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian 0.53 mata lebih tinggi pada 142.18 dan Indeks Perladangan naik 4.05 mata kepada 6,834.55.

– BERNAMA

Share259ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 month ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

3 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

3 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In