fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Apa Akan Jadi Kepada Pemegang Saham Jika UEM Sunrise Dan EcoWorld Bergabung?

in Fundamental Analisis
A A
Apa Akan Jadi Kepada Pemegang Saham Jika UEM Sunrise Dan EcoWorld Bergabung?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Sektor Kajian: Lebih Banyak Kerja Pembinaan Bawah Rancangan Malaysia Ke-13

Saham Kajian: Binastra Teruskan Perolehan Kontrak [9 Julai 2025]

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar untuk kebanyakan perniagaan, baik di dalam Malaysia atau di luar negara. Kesukaran ini menjadi lebih parah apabila wabak Covid-19 melanda dunia pada tahun ini. Syarikat kecil dan sederhana kebanyakannya terpaksa menggulung tikar dan sesetengah syarikat besar juga bercadang untuk bergabung untuk mengukuhkan posisi mereka di dalam industri.

Asalkan dapat mengharungi keadaan semasa dan dapat bertahan sehingga keadaan kembali pulih seperti sediakala.

Sumber: The Edge

Syarikat yang sedang merancang untuk bergabung ini adalah UEM Sunrise Berhad (5148) (UEMS) dan EcoWorld Development Group Berhad (8206) (ECOWLD). Dengan penggabungan ini, syarikat ECOWLD akan menjadi anak syarikat penuh kepada UEMS dan ECOWLD akan dikeluarkan daripada tersenarai di Bursa Malaysia.

Jom kita tengok lebih lanjut mengenai penggabungan ini.

Apakah Tujuan Penggabungan Ini?

Di antara sebab utama tercetusnya cadangan penggabungan di antara dua syarikat gergasi ini adalah kerana kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Selain daripada itu, penggabungan ini juga bertujuan untuk meningkatkan market share mereka di dalam industri pembinaan hartanah. Dengan penggabungan ini, UEMS akan menjadi syarikat hartanah kedua terbesar yang mempunyai keluasan tanah pembinaan di Malaysia selepas Sime Darby Property Berhad.

Apa Akan Jadi Kepada Pemegang Saham?

Jika dua syarikat bergabung menjadi satu, kebiasaannya akan ada tiga kemungkinan yang boleh terjadi seperti berikut:,

1. Pertukaran Saham Untuk Saham

Pertukaran ini akan berlaku melalui nisbah yang dipersetujui oleh pemegang saham kedua-dua belah syarikat. Jika nisbah penggabungan yang dipersetujui di antara syarikat A dan B adalah 1:2, ini bermakna pemegang saham syarikat B akan memperoleh satu saham syarikat A dengan setiap dua unit saham yang dimiliki di dalam syarikat B.

Jumlah unit saham dagangan syarikat A akan meningkat dan harga saham syarikat A akan jatuh selepas proses ini berlaku.

2. Pertukaran Tunai Untuk Saham

Pertukaran tunai kepada saham ini apabila syarikat A menawarkan sejumlah wang untuk satu unit saham syarikat B. Keadaan ini kebiasaannya akan menyebabkan harga saham syarikat B menghampiri harga yang ditawarkan. Seperti contoh, jika syarikat A menawarkan pembelian saham syarikat B dengan nilai RM5.00 sesaham, harga saham syarikat B akan meningkat menghampiri nilai RM5.00 yang ditawarkan syarikat A.

Harga Saham syarikat A pula akan terjejas jika pemilik saham yang sedia ada tidak yakin dengan keputusan yang dibuat oleh syarikat tentang penggabungan ini.

3. Gabungan Pertukaran Tunai Dan Saham

Cara terakhir ini kebiasaannya ditawarkan apabila penggabungan dua syarikat ini membentuk satu entiti yang baharu. Pemegang saham akan diberi pilihan untuk memilih tukaran saham kepada saham, tukaran tunai kepada saham atau kedua-duanya sekali dengan nilai yang dipersetujui.

Bagi penggabungan di antara UEMS dan ECOWLD ini pula, cadangan yang diusulkan adalah dengan pertukaran saham kepada saham dengan nisbah 1: 1.058. UEMS akan menerbitkan saham baru dengan nilai 44.3 sen dengan pertukaran saham ECOWLD yang sekarang ini bernilai 46.9 sen seunit. Oleh itu, pemegang saham ECOWLD akan menerima sedikit pengurangan jumlah pegangan saham syarikat UEMS jika proses penggabungan selesai.

Walaubagaimanapun, cadangan penggabungan ini masih dalam peringkat perbincangan dan tiada sebarang kata putus telah dibuat oleh kedua-dua syarikat ini. Cadangan ini menjadi kontroversi dan menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak, disebabkan faktor hutang syarikat yang tinggi dan akan membebankan pemegang utama UEMS iaitu Khazanah Nasional Berhad.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share326ShareSend

Related Posts

Sektor Pembinaan Melonjak 58.6 Peratus Pada Suku Ketiga 2020
Catalyst

Sektor Kajian: Lebih Banyak Kerja Pembinaan Bawah Rancangan Malaysia Ke-13

2 days ago
Binastra Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai RM160 Juta
Catalyst

Saham Kajian: Binastra Teruskan Perolehan Kontrak [9 Julai 2025]

3 days ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 days ago
Saham Kajian Hari Ini: Kerjaya Prospek [$KPPROP] 2 Julai 2025
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Kerjaya Prospek [$KPPROP] 2 Julai 2025

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In