
Harga saham syarikat Greatech Technology Bhd (Greatec) kekal dalam keadaan menaik (uptrend) yang sihat semenjak kaunter ini mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada 13 Jun 2019. Apa yang ada dengan kaunter ini sehingga prestasinya sentiasa cantik dan konsisten sehingga ke hari ini?
Mari kita kenali kaunter Greatec dengan melihat kepada 5 fakta menarik di bawah:
1. Automation Solution Provider
Syarikat ini merupakan salah sebuah automation solution provider yang beroperasi di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Nama asalnya sebelum ini adalah Dynacut Engineering Sdn Bhd sebagai entiti persendirian yang ditubuhkan pada tahun 1997 sebelum bertukar menjadi Greatec Technology Berhad.
Dengan pengalaman 20 tahun dalam industri automasi, syarikat ini telah melebarkan pekhidmatannya untuk terlibat di dalam sektor solar, alatan elektronik, semikonduktor, sains kehidupan (life science), simpanan tenaga (energy storage) dan substrat kaca (glass substrate).

Walaupun telah 20 tahun beroperasi, Greatec hanya membuat keputusan untuk memasuki pasaran saham Bursa Malaysia pada tahun lepas setelah membina namayang sangat kukuh di Malaysia.
2. Pulangan Yang Besar
Greatec mempunyai nilai pasaran modal melebihi RM2.5 bllion dan tersenarai dalam pasaran ACE pada tahun 2019 sebagai salah sebuah syarikat di dalam sektor teknologi. Daripada permulaan Initial Public Offering (IPO) dengan harga RM0.61 seunit, harga saham syarikat ini mula mencatatkan kenaikan dengan kini memberikan pulangan lebih 1,200% apabila harga sahamnya ditutup pada RM7.80 petang semalam.

Jangan tak tahu, GREATEC ni ialah IPO yang baru disenaraikan tahun lepas. Ketika berstatus IPO harga dia cuma RM0.61. Harga sahamnya kini hampir mencecah RM8.00.

Nak senang kira Return On Investment (ROI) begini:
Tahun lepas kita ada modal RM6,100 dan kita beli 10,000 unit saham Greatec. Hari ini RM6,100 tu dah jadi RM80,000. Power tak?
Kenapa harga sahamnya naik? Hal ini disebabkan nilai syarikat dia pun melonjak. Mudahkan sifirnya?
3. Klien Bertaraf Antarabangsa
Greatec Technology Berhad merupakan sebuah syarikat teknologi tinggi yang bertaraf syarikat global yang dikategorikan sebagai MNC (Multinational Corporations) sebagai klien Greatec.

Pelanggan Greatec di peringkat antarabangsa melebihi daripada 75% berbanding permintaan dari dalam Malaysia dengan permintaan tinggi daripada syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dalam menghasilkan panel solar, kereta elektrik, bateri kereta dan pembuat telefon pintar. Selain daripada itu, pelanggan mereka juga datangnya dari negara Ireland, China dan juga Israel.
Jarang kita temui syarikat tempatan yang beroperasi hampir sepenuh kapasiti syarikatnya hanya untuk memenuhi permintaan luar negara. Sudah tentu pulangan tinggi untuk syarikat sebegini jika kita mengambil faktor penukaran wang kepada US Dolar.
4. Pertumbuhan Pendapatan Yang Sihat
Nilai pasaran modal syarikat juga sentiang meningkat. Tahun lepas baru RM463.24 juta dan terkini, nilainya sudah mencecah RM4.96 bilion!.

Pada tahun 2019, syarikat ini berjaya mencapai keuntungan bersih (net profit) sebanyak RM52.3 juta dengan nilai pendapatan syarikat sebanyak RM215.94 juta.

5. Tidak Terkesan Dengan Pandemik Covid-19
Kalau syarikat lain, kebanyakannya terkesan dengan pandemik, tetapi dengan Greatec lain pula jadinya. Greatec telah meneroka banyak peluang baru agar dapat menambah pendapatan syarikat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Greatech Technology Berhad iaitu Tan Eng Kee, perancangan untuk menembusi pasaran industri energy storage dan kereta elektrik merupakan langkah mengembangkan lagi perniagaan syarikat tersebut. Beliau juga berpandangan Greatec mampu melangkah lebih jauh dalam masa dua tahun dan tidak bergantung sepenuhnya terhadap sektor tenaga solar dan semikonduktor semata–mata.

Terbaharu, Greatec bakal melabur sehingga RM4 juta untuk membina kemudahan baharu untuk ujian kereta elektrik seluas 10,000 kaki persegi di Detroit, Amerika Syarikat.
Yang paling menarik, syarikat tersebut akan mendapat manfaat daripada perang perdagangan (trade war) di antara China dan Amerika Syarikat disebabkan memiliki pelanggan daripada kedua-dua blok yang berperang.
Selain daripada GREATEC, ada lagi beberapa syarikat teknologi dari Malaysia yang nama-nama mereka ada di Bursa Malaysia yang boleh kita perhatikan dan perhalusi juga.
InshaAllah, akan dikongsikan dalam siri akan datang.
Akhir kata, semakin bergelora Bursa Malaysia, makin banyak hal-hal berkaitan bisnes kaunter yang kita wajib kita kaji, kaji dan kaji supaya kita faham apa yang kita beli.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)