Hari ini, kita hidup bertulang belakangkan teknologi yang memudahkan banyak urusan kehidupan kita. Daripada cara berhubung dengan orang lain dengan menggunakan telefon pintar, sehinggalah urusan pekerjaan bergantung hampir 100% kepada penggunaan gajet dan komputer bagi memudahkan urusan.

Telefon pintar hari ini pula direka khas sebagai satu peranti yang sentiasa perlu dinaik taraf seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Pantang betul, kalau telefon pintar yang digunakan tidak bertukar selepas dua tahun pasti akan berlakunya kelembapan terhadap sistem perisian. Banyak aplikasi tidak lagi serasi untuk dimuat turun ke dalam telefon pintar kita selain daripada masalah cepat panas dan bateri yang tidak lagi tahan lama.
Nah! Inilah situasi dan fenomena biasa hari ini. Bukan lagi satu mitos tetapi itulah yang kita sedang hadapi pun. Saya juga menghadapi hal yang sama seperti anda semua.
Pun begitu, sebagai seorang pedagang yang sentiasa mencari ruang untuk mendapatkan keuntungan dalam dunia pelaburan saham, apakah yang perlu kita ambil tahu daripada situasi di atas?
Inilah masanya kita mengkaji saham-saham yang berkaitan dengan pembuatan alat-alat teknologi. Sangat sesuai untuk dijadikan pelaburan jangka masa panjang.
Kenapa?
Kita mesti sudah faham mengenai ‘supply and demand’. Permintaan terhadap ‘supply’ semikonduktorakan sentiasa berterusan kerana teknologi berkembang dengan sangat pesat sekali. Demi mengikuti peredaran masa, pengguna perlu upgrade gajet yang mereka miliki dan ianya akan berlaku lebih kerap setiap kali teknologi baru muncul.
Analoginya mudah, dahulu kita mungkin menggunakan iPhone 4S. Terkini, iPhone 12 sudah pun melepasi kehendak minimum SIRIM dan bakal dibawa masuk ke dalam Malaysia tidak lama lagi. Dan, tidak mustahil dalam tempoh 5-10 tahun akan datang akan dilancarkan iPhone 20.
Kalau dulu kita gunakan SMS pun dah memadai, tetapi sekarang semuanya ke arah teknologi 5G.

Syarikat Inari Amertron Berhad (INARI) adalah merupakan salah satu kaunter yang mengeluarkan komponen di dalam telefon pintar. Secara keseluruhannya, kaunter ini masih dalam fasa kenaikan semenjak disenaraikan di Bursa Malaysia.
Ini, pastinya memberikan keuntungan kepada saham-saham dalam sektor teknologi.
Kita baru bercakap tentang iPhone. Belum lagi mengenai komputer riba, mesin fotostat, kamera, dan macam-macam lagi peranti teknologi yang sentiasa berubah mengikut perkembangan teknologi.
Bersama-sama artikel ini, disertakan sekali syarikat-syarikat yang terlibat dalam susur galur sektor teknologi yang boleh dikaji dan dijadikan idea untuk kita meletakkan sejumlah wang kita bagi tujuan pelaburan atau perdagangan.
Usah hiraukan pemilihan pelaburan atau perdagangan kerna kedua-duanya boleh, asal untung!

Fundamental dah bagus, gunakan ilmu analisa teknikal pula untuk membuat keputusan untuk membeli atau menjual sesuatu saham.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)