fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Pembelian Tanah Bernilai Rm240 Juta Oleh Drb-Hicom Beri Kesan Minimum Kepada Pendapatan

in Berita
A A
CGS-Cimb Jangka LLA Felda-FGV Tidak Diteruskan Jika Pampasan Lebih Rm3.5 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Cadangan pembelian tanah oleh DRB-Hicom Bhd bernilai RM240 juta di Melaka daripada Tradewinds Plantation Bhd (TWPB) dijangka memberi kesan minimum kepada pendapatan kumpulan, selain memperluaskan portfolio aset bank tanah perindustriannya, kata CGS-CIMB.

CGS-CIMB berkata cadangan pembelian itu selaras dengan hala tuju strategik kumpulan bagi memberi tumpuan kepada pembangunan dan penjualan hartanah perindustrian, berikutan keputusannya untuk keluar daripada portfolio aset hartanah bukan perindustrian dan hospitaliti pada 2018.

“Kumpulan itu merancang memulakan pembangunan ke atas tanah-tanah berkenaan pada 2022.

“Ia juga merancang untuk mendapatkan potensi pendapatan berulang dengan memeterai perjanjian dengan TWPB untuk menyewakan tanah itu kepada TWPB memandangkan tanah itu pada masa ini merupakan sebahagian daripada ladang kelapa sawit yang lebih besar diuruskan TWPB,” kata CGS-CIMB dalam nota penyelidikan, hari ini.

DRB-Hicom, dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat lalu, berkata unit milik penuh tidak langsungnya, Hicom Glen Sdn Bhd, bercadang untuk membeli tanah seluas 116.44 hektar di Alor Gajah, Melaka daripada TWPB bernilai RM240 juta bagi tujuan pembangunan taman perindustrian.

Syarikat itu berkata cadangan pembelian itu dijangka selesai menjelang suku pertama 2021, dan pembelian itu akan dibiayai 65 peratus oleh pinjaman luar manakala bakinya dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman.

Sementara itu, CGS-CIMB menjangkakan DRB-Hicom akan memberikan keuntungan bersih yang lebih kukuh pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 (Q3 2020), didorong oleh jumlah jualan yang lebih tinggi di Proton dan peningkatan jumlah bungkusan yang diproses di Pos Malaysia Bhd, disokong oleh permintaan e-dagang yang kukuh.

“Kami melihat pertumbuhan jumlah yang lebih tinggi daripada jangkaan di Proton dan pemulihan pendapatan yang lebih pantas daripada jangkaan di Pos Malaysia sebagai pemangkin penarafan semula yang berpotensi untuk saham tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, ia maklum kerugian Pos Malaysia yang semakin meluas, penghantaran jumlah yang lebih rendah di Proton dan gangguan rantaian bekalan akibat pandemik COVID-19 adalah risiko penurunan bagi kumpulan itu.

— BERNAMA

Share250ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

7 days ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

2 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In