• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

CGS-Cimb Jangka LLA Felda-FGV Tidak Diteruskan Jika Pampasan Lebih Rm3.5 Bilion

in Berita
A A
CGS-Cimb Jangka LLA Felda-FGV Tidak Diteruskan Jika Pampasan Lebih Rm3.5 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Penyelidikan oleh CGS-CIMB Securities Sdn Bhd mengandaikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak akan meneruskan penamatan perjanjian pajakan tanah (LLA) dengan FGV Holdings Bhd (FGV) sekiranya jangkaan pampasan oleh FGV berjumlah RM3.5 bilion sehingga RM4 bilion.

“Justeru, mungkin lebih murah untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian Felda pada permodalan pasaran semasa.

“Kos bagi Felda untuk mengambil alih baki pegangan yang ia tidak miliki dalam FGV adalah RM2.6 billon berdasarkan kepada pemodalan pasaran terakhir FGV,” menurut firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini.

Pada 28 Okt, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Kabinet meluluskan cadangan Felda untuk menamatkan LLA dengan FGV Holdings Bhd. 

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh Felda kepada FGV, yang mana ia memegang pegangan berjumlah 33.66 peratus susulan penamatan LLA itu.

FGV berkata jumlah pampasan yang dijangka perlu dibayar kepadanya adalah RM3.5 bilion hingga RM4.3 bilion berdasarkan penilaian dalaman kepada prestasi kewangannya bagi 2020 dan 2021 serta pelbagai faktor lain.

CGS-CIMB berkata jumlah pampasan akan tinggi bergantung kepada tahun kewangan yang digunakan bagi pengiraannya. 

Katanya, jika ia berdasarkan kewangan FGV pada 2019, pampasan dijangka rendah atau minimum, manakala jika ia berasaskan kepada kewangan 2020 atau 2021, ia dijangka lebih tinggi, namun, amaun akhir akan bergantung kepada prestasi estet FGV dan harga minyak sawit mentah.

“Penentu utama sama ada potensi penamatan LLA ini adalah positif atau negatif kepada FGV adalah bergantung kepada jumlah pampasan yag akan dipersetujui.

“Kami berpendapat jumlah yang dijangkakan oleh FGV itu adalah optimistik, mengambil kira trend sejarah pembayaran LLA dan pemahaman semasa kami mengenai formula pampasan,” katanya.

CGS-CIMB berkata, ia mengandaikan estet di bawah LLA bernilai RM2.55 bilion atau 70 sen sesaham.

“Bagi tempoh jangka sederhana dan panjang, kami melihat penamatan LLA itu sebagai negatif kerana ia bermakna FGV tidak dapat menuai hasil daripada penanaman semulanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata firma itu. 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan “neutral” ke atas FGV dengan harga sasaran RM1.21 sesaham.

— BERNAMA

Share245ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In