fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Berita
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

KUALA LUMPUR, 2 Nov  (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini kerana kekurangan minat belian berikutan ketiadaan sebarang pemangkin baharu yang boleh memberikan hala tuju pasaran, kata seorang penganalisis.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.31 mata kepada 1,462.58 selepas dibuka 1.42 mata lebih rendah pada 1,465.47.

Kaunter rugi mengatasi untung dengan 290 berbalas 108 manakala 238 kaunter tidak berubah, 1454 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 225.11 juta bernilai RM97.12 juta.

Keputusan kadar faedah oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Selasa (3 Nov), pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 Nov, data pengangguran dan pengeluaran perindustrian (9 Nov) serta pilihan raya presiden AS (3 Nov) telah mempengaruhi pergerakan pasaran, terutamanya pasaran-pasaran sedang pesat berkembang.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Kenny Yee berkata FBM KLCI, yang menyaksikan jualan yang agak hebat Jumaat lepas, tidak akan pulih dalam masa terdekat.

“Kedua-dua faktor dalaman dan luaran mungkin tidak akan menarik sebarang aktiviti pembelian buat masa ini.

“Oleh itu, melainkan tahap 1,500 dicecah, indeks penanda aras mungkin boleh stabil dalam lingkungan julat 1,450-1,500 pada masa ini,” kata beliau dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Petronas Dagangan dan Petronas Gas masing-masing turun empat sen kepada RM17.20 dan RM15.70, Tenaga susut tiga sen kepada RM9.51, Petronas Chemicals jatuh 10 sen kepada RM5.75, Top Glove lebih rendah 11 sen kepada RM8 .46 dan Axiata berkurangan tiga sen kepada RM2.90.

Petronas Chemicals dan Top Glove turut mendahului kaunter paling rugi pagi ini.

Di kaunter paling cergas, kaunter teknologi menguasai dengan Diversified Gateway Solutions dan Dataprep masing-masing menambah satu sen kepada 20.5 sen dan 19 sen.

Bagi saham untung, Chemical Company of Malaysia meningkat 18 sen kepada RM2.15, MBM Resources menambah sembilan sen kepada RM2.73 dan Scientex mengukuh enam sen kepada RM11.94.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 40.79 mata kepada 10,572.79, Indeks FBMT 100 turun 38.42 mata pada 10,394.21 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 71.63 mata kepada 12,670.05.

Sementara itu, FBM 70 merosot 81.47 mata kepada 13,903.61 dan FBM ACE 22.05 mata lebih lemah pada 9,421.15.

Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 2.09 mata kepada 12.011.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian 1.19 mata lebih rendah pada 139.95 dan Indeks Perladangan turun kepada 3.76 mata kepada 6.798.14.

– BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 month ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

5 months ago
CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II
Berita

CEO KWSP Amir Hamzah Dilantik Sebagai Menteri Kewangan II

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In