• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah

in Berita
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini lebih rendah hari ini berikutan sentimen pasaran yang lemah.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 12.09 mata kepada 1,454.80 selepas dibuka 1.42 mata lebih rendah pada 1,465.47.

Indeks utama bergerak antara 1,452.13 dan 1,467.27 sepanjang sesi pagi.

Kaunter rugi mengatasi untung dengan 774 berbalas 197, manakala 338 kaunter tidak berubah, 781 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.83 bilion unit bernilai RM1.55 bilion.

Indeks tenaga paling teruk terjejas setakat ini, merosot 2.88 peratus, diikuti dengan penjagaan kesihatan sebanyak 2.77 peratus.

Kemerosotan dalam indeks tenaga ialah kerana kejatuhan harga minyak penanda aras Brent yang menyusut di bawah paras US$40 setong berikutan permintaan dan tinjauan yang lesu sementara penjagaan kesihatan pula disebabkan oleh kegiatan penjualan.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, kemudahruapan di pasaran tidak akan berubah kerana beberapa faktor seperti meningkatnya ketegangan politik di dalam negara, pilihan raya AS yang bakal berlangsung dan lonjakan kes COVID-19 seluruh dunia.

“Kami berpendapat situasi tidak menentu ini mungkin berterusan minggu ini kerana sentimen berhati-hati para pelabur.

“Saham berharga murah dijangka bergerak tidak menentu memandangkan pelabur memilih untuk mengambil pendekatan tunggu dan lihat,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove turun 37 sen kepada RM8.20, MISC jatuh enam sen kepada RM6.53, Dialog susut 10 sen kepada RM3.60, Hartalega berkurangan 12 sen kepada RM17.88, Petronas Chemicals lebih rendah empat sen kepada RM5.81 dan Maybank turun dua sen kepada RM6.98.

Bagi kaunter paling cergas, kaunter teknologi yang didahului oleh Lambo Group turun setengah sen pada 2.5 sen manakala AT Systematization lega satu sen kepada 9.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 114.01 mata kepada 10,499.57, Indeks FBMT 100 turun 108.14 mata pada 10,324.49 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 161.78 mata kepada 12,579.90.

Sementara itu, FBM 70 merosot 230.92 mata kepada 13,754.17 dan FBM ACE lebih lemah 148.39 mata pada 9,294.81.

Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 65.14 mata kepada 11,944.25, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.32 mata kepada 139.82, dan Indeks Perladangan lebih rendah 12.12 mata kepada 6,789.78.

– BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

10 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In