• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Belanjawan 2021 Akan Perkenal Langkah Percepat Pemulihan Ekonomi

in Berita
A A
Belanjawan 2021 Akan Perkenal Langkah Percepat Pemulihan Ekonomi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Pelbagai langkah bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi dan memelihara kesejahteraan rakyat akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2021, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Malah, sejajar usaha itu, kerajaan melalui Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) juga sedang memuktamadkan penyediaan pelan pemulihan ekonomi jangka panjang.

Beliau berkata, pada masa sama, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi 2021-2025 akan turut diumumkan pada awal tahun depan.

“Insya-Allah dengan langkah-langkah yang telah dan bakal diambil melalui Belanjawan 2021, RMKe-12 dan dasar-dasar yang berkaitan, ekonomi negara akan kembali pulih. Ekonomi kita akan berdaya saing dan mampan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan terbela

“Oleh itu, marilah kita semua tanpa mengira parti untuk bersama-sama memulihkan ekonomi negara dan membela kepetingan rakyat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BERSATU-Sabak Bernam) yang bertanyakan mengenai impak ekonomi daripada pandemik COVID-19 serta dasar, mekanisme dan langkah untuk memacu ekonomi negara.  

Menjelaskan selanjutnya, Mustapa berkata pandemik COVID-19 telah memberi impak besar terhadap individu, isi rumah dan syarikat perniagaan serta semua sektor ekonomi dengan skala dan kesannya mengatasi jangkaan manakala ekonomi negara-negara di serata dunia mengalami pengucupan yang ketara.

Beliau berkata, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pertumbuhan ekonomi dunia akan menguncup sebanyak 4.4 peratus – paling teruk sejak Perang Dunia Kedua.

Menurutnya, Malaysia juga tidak terkecuali dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) telah menguncup sebanyak 8.3 peratus pada separuh pertama tahun ini (separuh kedua 2019:4.0 peratus).

“Bagaimanapun, kesan negatif ke atas pertumbuhan ekonomi (negara) pada tahun ini adalah bersifat sementara dan dijangka pulih pada 2021. Beberapa petunjuk ekonomi pada Ogos dan September 2020 telah menunjukkan bahawa prestasi ekonomi adalah lebih baik berbanding dengan separuh pertama 2020. 

“Ini termasuk eksport Malaysia pada September 2020 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 13.6 peratus, nilai jualan perdagangan borong dan runcit telah meningkat sebanyak 2.5 peratus pada Ogos 2020 manakala jualan kereta penumpang pula telah meningkat 8 peratus pada September 2020,” katanya.

Selain itu, Mustapa berkata kerajaan juga telah menubuhkan EAC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menangani isu-isu dan cabaran semasa ekonomi, memantau impak penularan COVID-19 ke atas ekonomi dan merangka langkah-langkah untuk memulih dan merancakkan semula ekonomi negara.

“Sejak penubuhannya, EAC telah mengadakan sebanyak 24 mesyuarat dan pembentangan 48 kertas. Antaranya langkah memulihkan sektor ekonomi yang terjejas seperti pelancongan, pembinaan, peruncitan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selain meningkatkan kesejahteraan rakyat, mengurangkan kadar pengangguran dan lain-lain,” katanya.

— BERNAMA

Share223ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In