Normal bagi kaunter yang sihat apabila kenaikan serta kejatuhan harga saham syarikat tidak terlalu mendadak. Namun sebagai seorang pelabur yang bijak, wajib untuk kita mengenal pasti keadaan harga saham sebelum membuat keputusan untuk jual beli saham tersebut dengan melihat sama ada harga saham sedang membuat uptrend, downtrend atau pun sideways.
Uptrend
Uptrend dapat dikenali pada carta sahamnya yang berada dalam keadaan menaik dengan adanya higher high (HH), kemudian ia akan membuat sedikit kejatuhan, di mana ia dipanggil sebagai higher low (HL).

Kenaikan yang seterusnya pula hendaklah lebih tinggi daripada kenaikan yang sebelum ini, higher than higher high (HHH). Saham syarikat akan dikira sebagai uptrend selagi mana HHH dan HHL dikenalpasti serta berterusan berulang. Erti kata mudah, setiap kali ia naik, ia akan turun sedikit, kemudian menyambung kenaikan yang lebih tinggi daripada yang sebelum ini.
Bagi saham syarikat yang dalam trend menaik atau kita panggil sebagai uptrend ini, pada kebiasaannya akan terus menaik sehinggalah trend tersebut dipatahkan. Harus diingat, para pelabur wajib faham tentang cara melukis garisan trend ini supaya mampu mengaplikasikannya dengan baik.
Garisan trend line ini ditarik bermula daripada higher low yang pertama kepada yang kedua dan seterusnya seperti yang ditandakan dengan bulatan hitam dalam gambar di atas.
Saham syarikat yang berada dalam trend menaik ini masih dikira selamat untuk dipegang sekiranya higher low yang seterusnya melantun di atas garisan trend yang ditarik sebentar tadi, sama seperti graf yang ditunjukkan di atas ini. Sekiranya harga turun bawah daripada trend line yang dilukis, maka ia merupakan salah satu signal yang menyatakan bahawa inilah masanya untuk para pelabur melepaskan pegangan saham tersebut.

Bagi saham syarikat di atas, dapat difahami bahawa ia berada dalam prestasi yang baik kerana berterusan berada dalam keadaan uptrend. Setiap kali kejatuhan, ia akan memantul semula ke atas apabila menyentuh garisan trend yang dilukis.
Daripada trend line yang dilukis juga, kita akan dapat mengenalpasti support yang ada pada saham tersebut.

Support adalah tempat di mana harga melantun naik ke atas semula selepas mengalami kejatuhan. Support yang melantun pada trend line ini kita juga boleh gelarkannya sebagai “trend support”. Kepentingan untuk mengenali supportagar kita fahamsekiranya harga bergerak jauh ke bawah lagi daripada support,ia menandakansudah tidak sesuai untuk terus memegang saham syarikat tersebut.
Inilah yang dipanggil sebagai “trend is your friend until it bends”, iaitu terus memegang saham dengan mengikuti trend sehinggalah ia memberi signal menjual apabila patah trend. Falsafah ini sesuai digunakan bagi mereka yang mahu membeli saham syarikat dengan tujuan untuk pelaburan.
Sekiranya pada hari harga melanggar support itu candle stick berwarna hijau yang muncul, maka inilah masa yang terbaik juga untuk membeli saham syarikat tersebut. Beli pada support, dan jual pula apabila ia menghampiri resistance yang ada. Ini adalah teknik yang selamat jika para pelabur mahu mengurangkan risiko kerugian.
Downtrend
Bagi saham syarikat yang sedang dalam keadaan downtrend pula, kejatuhan seterusnya adalah lebih rendah daripada kejatuhan yang sebelumnya.

Dalam imej di atas, kejatuhan yang pertama ditandakan dengan “L” singkatan kepada “low”, manakala kejatuhan yang seterusnya ditandakan dengan “LL” sebagai singkatan kepada perkataan “lower low”, di mana ia adalah lebih rendah berbanding “L”. Saham syarikat yang mengalami kejatuhan kedua yang lebih rendah berbanding kejatuhan pertama inilah yang kita kenali sebagai carta dalam keadaan downtrend.

Jika pada carta uptrend kita menandakan trend line pada garisan higher low (HL) dan higher than higher high (HHH), sekarang pada carta down trend pula, kita akan menandakan trend line pada garisan high (H) kepada garisan lower high (LH), iaitu menarik garisan bermula daripada keadaan di mana harga paling tinggi sebelum kejatuhan kepada poin harga kejatuhan seterusnya yang paling tinggi dan seterusnya sebagaimana yang ditandakan dengan anak panah dalam imej di atas.
Jika pada uptrend, kita menggelar garisan itu sebagai support. Namun pada saham yang sedang down trend, garisan ini dipanggil resistance. Harga bergerak dan mencuba untuk melepasi resistance ini, namun apabila gagal menembusi paras resistance, harga akan terpantul semula ke bawah.
Sekiranya harga berjaya melepasi resistance ini, maka kita tahu bahawa harga mungkin akan mula untuk naik kembali.
Sideways
Jika pada carta saham uptrend, pergerakan turun naik saham adalah berlaku ke arah atas, manakala jika down trend, ia bergerak naik dan turun ke arah bawah. Berbeza pula bagi sideways, carta harga saham sideways pula merujuk kepada naik turun harga saham yang tidak jauh beza.

Jika melihat kepada carta harga di atas, pergerakan saham ini berlegar di sekitar harga yang sama sahaja sepanjang hampir satu tahun, bermula dari Disember 2018 sehinggalah November 2019. Kita boleh lihat bahawa harga saham syarikat bergerak naik dan turun secara mendatar sahaja.
Dinasihatkan agar para pelabur menjauhkan diri daripada kaunter saham syarikat dengan pergerakan sideways terlalu lama sebegini memandangkan modal menjadi sukar untuk dikembangkan jika berlabur pada saham sebegini.

Di atas, ditunjukkan saham sebuah syarikat yang berada dalam keadaan sideways semenjak tahun 2018 sehinggalah tahun 2020. Oleh sebab itu para pelabur dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli saham syarikat yang berada dalam keadaan ini. Modal kita tidak akan berkembang jika ia berterusan bergerak dalam keadaan sideways sehingga bertahun lamanya lagi.
Selagi mana ia tidak menunjukkan signal bahawa harganya akan menaik, mahu pun tiada sebarang “catalyst” yang boleh membantu menolak harganya naik ke atas, maka selagi itulah tidak sesuai untuk membeli saham syarikat yang sebegini.
Perubahan Arah Daripada Downtrend Kepada Uptrend
Sudah tentu, setiap saham mempunyai perubahan arah sama ada daripada uptrend kepada downtrend atau pun daripada downtrend kepada uptrend.

Misalnya pada saham syarikat di atas, ditandakan dengan anak panah yang berwarna merah sebagai pergerakan yang dikatakan berjaya memecahkan resistance. Kita boleh nampak bahawa harga saham syarikat berada dalam keadaan down trend, namun seandainya harga berjaya naik ke atas seperti pada anak panah yang pertama, kemudian turun sedikit ke bawah seperti anak panah kedua dan kemudiannya harga berjaya naik lebih tinggi dari kenaikan sebelumnya, maka di sini kita sudah pasti bahawa harga saham syarikat mahu mula memanjat kembali menjadi uptrend.
Ini adalah salah satu signal yang menunjukkan bahawa saham syarikat tersebut sesuai untuk dibeli.
Sekarang sudah jelas nak beli saham syarikat yang berada dalam keadaan mana? Uptrend? Downtrend? Atau sideways?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)