• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, October 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Tambah Insentif Aktiviti Pajakan Solar Dalam Belanjawan 2021 – Solarvest

in Catalyst
A A
Solarvest Optimis Terhadap Prospek Niaga, Pergiat Usaha Pengembangan

Sumber Gambar : Solarvest

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) — Solarvest Holdings Bhd (Solarvest) berharap kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak insentif berkaitan tenaga dalam Belanjawan 2021, khususnya pengecualian cukai bagi aktiviti pajakan tenaga solar bagi memacu pelaburan dalam industri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest, Davis Chong Chun Shiong berkata ini termasuk melanjutkan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus bagi tempoh sehingga 10 tahun untuk syarikat-syarikat yang melaksanakan aktiviti pajakan tenaga solar.

“Kami berharap ini dapat diteruskan kerana ia terbukti meningkatkan minat selain menggalakkan lebih banyak penyertaan komersial dan industri dalam pelaksanaan tenaga boleh diperbaharui ini,” katanya.

Belanjawan 2021 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November ini.

Selain itu, Solarvest juga berharap lebih banyak program seperti Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui diwujudkan bagi menggalakkan Perjanjian Belian Tenaga (PPA) dalam kalangan korporat serta memacu pelaburan dan penerapan industri tenaga solar.

Chong berkata, syarikat itu juga berharap kerajaan akan meneruskan pelancaran program-program solar berskala besar (LSS) seperti LSS@MEnTARI yang menawarkan kuota 1,000MW bernilai RM2 bilion bagi merangsang pertumbuhan.

“Walaupun program tersebut telah dilanjutkan sejak LSS1, penganugerahan skim itu sebaliknya berbeza setiap tahun. Lebih baik jika terdapat penyeragaman dari segi agihan kuota serta skala program tersebut.

“Oleh itu, kami berharap program LSS akan datang dapat menggunapakai struktur dan skala sama seperti LSS@MEnTARI dengan agihan projek lebih meluas bagi membolehkan lebih banyak penggiat industri meraih manfaatnya,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya pemaju hartanah diberi insentif cukai dan kuota khas bagi pemasangan panel solar fotovolta (PV) di projek kediaman masing-masing.

“Langkah melibatkan kalangan pemaju ini akan melonjakkan lagi pertumbuhan (tenaga solar) dalam segmen kediaman,” katanya.

— BERNAMA

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.

Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️ 

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ 

Share304ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In