• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Perniagaan Dan Operasi FGV Telah Bersedia Bagi Penamatan LLA

in Catalyst
A A
Perniagaan Dan Operasi FGV Telah Bersedia Bagi Penamatan LLA

Kredit Gambar : The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) — FGV Holdings Berhad (FGV) hari ini mengulangi bahawa pihaknya masih belum menerima notis bertulis daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengenai penamatan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA).

Syarikat pengeluar minyak sawit mentah terbesar negara itu berkata bagaimanapun perniagaan dan operasi FGV telah bersedia untuk kemungkinan itu.

Menerusi kenyataan hari ini, FGV berkata setelah menerima notis rasmi daripada FELDA seperti yang disyaratkan berdasarkan LLA itu, pihaknya akan mengikut prosedur yang telah digariskan dalam LLA untuk memulakan proses penamatan dan menentukan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepadanya yang akan mengambil masa selama 18 bulan untuk diselesaikan.

“Oleh kerana penamatan LLA sering dibicarakan, perniagaan dan operasi FGV telah bersedia untuk kemungkinan ini,” menurutnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menerusi kenyataan berkata penamatan LLA dan cadangan penerbitan sukuk oleh Felda bernilai RM9.9 bilion untuk melaksanakan pelan pemulihan merupakan antara cadangan yang telah diluluskan oleh Kabinet.

FGV berkata oleh itu, strategi jangka panjang keseluruhan untuknya terus berkembang dan mengukuhkan aktiviti perniagaan bernilai tinggi, yang menumpukan makanan dan produk pengguna berjenama, tetap utuh dan berpotensi pantas bagi memberikan pulangan dijangkakan lebih tinggi kepada pemegang saham susulan penamatan LLA.

“FGV, akan sentiasa melindungi kepentingan para pemegang saham dan kami akan membuat pengumuman yang sewajarnya pada waktu yang sesuai sekiranya berlaku perkembangan mengenai perkara ini,” menurut syarikat itu.

LLA tersebut merujuk kepada ladang-ladang milik Felda seluas 350,733 hektar yang dipajakkan kepada FGV selama 99 tahun bermula 1 Nov, 2011.

FGV berkata jumlah pampasan yang dijangka perlu dibayar kepadanya susulan penamatan LLA adalah RM3.5 bilion hingga RM4.3 bilion berdasarkan penilaian dalaman yang akan berbeza bergantung kepada prestasi kewangan FGV bagi 2020 dan 2021 serta pelbagai faktor lain.

Ia turut memberi jaminan bahawa rantaian bekalan ladang FGV tetap utuh kerana ladang-ladang di bawah LLA hanya mewakili 30 peratus Tandan Buah Segar (TBS) yang diproses di 68 kilang kelapa sawit FGV.

“Oleh kerana lokasi kilang kelapa sawit yang berdekatan dengan ladang-ladang LLA, kami tidak menjangkakan sebarang perubahan kepada susunan bekalan TBS sekarang.

“Rantaian nilai bersepadu perladangan FGV yang selebihnya dalam perniagaan pertengahan dan hiliran akan kekal tidak terganggu dengan penamatan LLA,” kata FGV.

— BERNAMA

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.

Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️ 

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ 

Share304ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In