Sejak kebelakangan ini semakin ramai yang mula terlibat dalam pelaburan saham. Semakin ramai yang berminat untuk melabur, terutamanya golongan muda. Sudah tentulah ramai yang ingin mula melabur saham kerana potensi pulangannya yang jauh lebih tinggi berbanding pelaburan yang lain. Bak kata orang ‘high risk high return’.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu dari bulan Mac sehingga Mei 2020, ramai yang berjaya membuat keuntungan daripada pelaburan saham. Ada yang berjaya mencapai keuntungan setinggi 10%, 50%, 100% malah ada yang mencecah keuntungan sehingga ribuan peratus hanya sepanjang tempoh PKP tersebut.
Sejak itu semakin ramai yang berminat dan mula membuka akaun CDS. Bagi yang belum kenal apa itu saham, jom kita berkenalan dengan saham.
Apa Itu Saham?
Saham adalah pegangan hak milik sesebuah syarikat dalam bentuk ekuiti. Dengan pemilikan saham ini, ianya memberi hak kepada kita menjadi sebahagian daripada aset dan pendapatan syarikat tersebut. Kita boleh saja menjadi pemilik syarikat Nestle, Air Asia, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Axiata dan banyak lagi.
Terdapat lebih daripada 900 syarikat di Bursa Malaysia dan hampir 75% daripadanya adalah patuh syariah. Sekiranya kita membeli saham syarikat, kita layak untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan atau Annual Grand Meeting (AGM) dan layak mengundi dalam AGM tersebut.
Saham adalah perniagaan. Mengapa saya katakan saham adalah perniagaan?
Ini kerana kita boleh menjadi sebahagian daripada syarikat tanpa menguruskan syarikat tersebut. Apabila kita membeli saham syarikat, ia juga bermaksud kita menjadi sebahagian daripada perniagaan syarikat tersebut. Katakan kita membeli saham syarikat A dan syarikat A mula membuat keuntungan daripada perniagaan mereka dan menarik minat pelabur.
Secara tidak langsung, saham syarikat tersebut mula meningkat setelah para pelabur mula membeli saham syarikat tersebut.
Sebagai contoh kita membeli saham syarikat Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) dan syarikat ini mendapat projek secara berterusan dan mula membuat keuntungan. Melihat keadaan ini, para pelabur semakin yakin untuk melabur dalam syarikat ini maka saham kita pun naik.

Keuntungan Daripada Pelaburan Saham
Terdapat dua cara kita boleh mendapat keuntungan daripada pelaburan saham.
1. Keuntungan Modal (Capital Gain)
Capital gain adalah keuntungan di atas kenaikan harga saham yang kita pegang atau miliki. Contohnya apabila kita memiliki saham A yang kita beli pada harga RM1. Beberapa bulan kemudian saham A menjadi RM2. Ini bermakna kita telah untung RM1 bagi setiap unit saham A.
2. Dividen
Para pemegang saham juga boleh menjana keuntungan daripada dividen yang diberi oleh syarikat. Sesebuah syarikat boleh memberi dividen kepada para pemegang sahamnya dengan tujuan untuk berkongsi keuntungan yang diperolehi dan menghargai para pelabur. Syarikat biasanya akan mengagihkan dividen bagi setiap unit yang dipegang.
Contohnya, Ali memiliki 10,000 unit saham A. Syarikat A mengagihkan 2 sen bagi setiap unit yang dipegang. Maka Ali akan mendapat pulangan dividen sebanyak RM200. Namun, tidak semestinya semua syarikat perlu membayar dividen kepada pelabur. Pihak pengurusan syarikat akan menetapkan sama ada bayaran dividen akan dibuat atau tidak bergantung kepada beberapa faktor seperti polisi, pelan perniagaan, dan prestasi semasa syarikat. Gambar menunjukkan contoh dividen yang diagihkan syarikat Pharmaniaga setiap tahun sejak 2010.

Sumber : Malaysiastock.biz
Tapi pada kebiasaannya, hanya syarikat-syarikat yang memperolehi keuntungan saja akan beri dividen. Ini kerana dividen diambil daripada keuntungan syarikat dan dikongsikan bersama-sama dengan para pemegang saham sebagai reward kepada pemegang saham.
Dah tahu bagaimana saham berfungsi? Jangan tunggu lagi. Mulakan langkah pertama anda dengan membuka akaun CDS hari ini.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)