• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 12 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Fpgroup (Edisi: 2020)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 12 Perkara Ini  Sebelum Nak Melabur Saham Fpgroup (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Foundpac Group Bhd (KLSE: 5277) (Fpgroup) merupakan sebuah syarikat yang menjana pendapatannya daripada dua segmen perniagaannya, iaitu pembuatan test sockets, stiffeners, hand lids, dan aksesori berkaitan yang lain; dan pengeluaran laser stencils di kilang miliknya di Bayan Lepas Industrial Estate, Pulau Pinang. Kini, nilai pasaran Fpgroup adalahRM580.3 juta.

Mari kita lihat 12 perkara ini sebelum nak melabur saham Fpgroup.

1. Segmen Perniagaan Pertama – Test Sockets, Stiffeners, Hand Lids dan Lain-Lain

Segmen ini telah mencatatkan kemerosotan perolehan daripada RM44.11 juta pada tahun 2016 kepada RM29.77 juta pada tahun 2018. Penurunan ini adalah berpunca daripada pengurangan pesanan daripada pelanggan utamanya di Amerika Syarikat. Selepas tahun 2018, Fpgroup telah mencatatkan pemulihan daripada segi perolehan bagi segmen ini.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Perolehan syarikat telah meningkat kepada RM38.91 juta pada tahun 2020.

Chart

2. Bisnes Segmen Perniagaan Kedua – Laser Stencils

Pada 25 September 2017, Fpgroup telah membeli 75% pegangan saham syarikat Dynamics Stencil Sdn Bhd (DSSB) dengan harga bersihnya bernilai RM11.30 juta. Pada dua tahun lepas, segmen ini telah menyumbang kira-kira RM11 hingga12 juta untuk keseluruhan perolehanFpgroup.

Chart

3. Lokasi Pelanggan Utama

Pada tahun 2020, 83.6% daripada perolehan Fpgroup  disumbang melalui jualan eksport ke pasaran Amerika Utara, Asia dan Eropah.

4. Keputusan Kewangan 5 Tahun Lepas

Secara keseluruhan, Fpgroup telah merekodkan kemerosotan perolehan daripada RM44.11 juta pada tahun 2016 kepada RM35.53 juta pada tahun 2018 sebelum merekodkan peningkatan perolehan kepada RM51.05 juta pada tahun 2020. Keuntungan bersih syarikat juga merosot dari tahun 2016 sehingga tahun2018 sebelum merekodkan peningkatan daripada RM7.53 juta pada 2018 kepada RM16.06 juta pada tahun 2020.

Chart
Chart

5. Return on Equity (ROE)

Sejak sahamnya tersenarai di Bursa Malaysia pada akhir tahun 2016, Fpgroup telah mencapai nilaipurata Return on Equity (ROE) selama empat tahun sebanyak 14.31%. Maka, Fpgroup telah menjana RM14.31 di dalam keuntungan bersih bagi setiap RM100 di dalam ekuiti pemegangan saham dari tahun 2017 sehingga tahun2020.

6. Pengurusan Aliran Tunai

Dari tahun 2017 sehingga tahun2020, Fpgroup telah menjana aliran tunai operasinya sebanyak RM48.04 juta, RM28.05 juta daripada pengeluaran ekuiti, dan RM4.77 juta daripada pendapatan faedah. Daripada jumlah tersebut, syarikat telah membelanjakan sebanyak:

– RM15.90 juta untuk capital expenditures (CAPEX) bersih.

– RM11.30 juta untuk pembelian 75% pemegangan saham DSSB (Nota 2).

– RM20.57 juta untuk pembayaran dividen kepada pemegang saham.

Denagn itu, Fpgroup telah berjaya meningkatkan baki tunainya daripada RM20.18 juta pada tahun 2016 kepada RM51.14 juta pada tahun 2020.

Chart

7. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 30 Jun 2020, Fpgroup tidak mempunyai sebarang pinjaman dan mempunyai ekuiti pegangan saham sebanyak RM96.01 juta. Maka, nisbah hutangnya terkini adalah sifar. Pada masa yang sama, Fpgroup juga telah merekodkan aset semasa sebanyak RM69.85 juta dan liabiliti semasa bernilai RM5.51 juta. Maka, nisbah semasa bagi Fpgroup adalah 12.67.

8. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Dalam masa 12 bulan terkini, Fpgroup telah menjana perolehan bernilai RM51.05 juta dan keuntungan bersih sebanyak RM16.06 juta . Ini bermakna, Earning Per Share (EPS) syarikat adalah sebanyak 3.02 sen.

9. Siapa Pemegang Utama Fpgroup?

Pada 5 Oktober 2020, lima pemegang utama saham Fpgroup adalah:

Lee Chun Wah, Tan Sin Khoon, dan Ong Choong Heng merupakan di antara pemegang saham utama bagi Fpgroup melalui  pemegangan saham mereka pada Foundpac Holdings Sdn Bhd dan pemegangan saham secara langsung di Fpgroup. Mereka bertiga ini juga merupakan ahli lembaga pengarah. Posisi terkini mereka adalah seperti berikut:

10. P/E Ratio

Pada 23 Oktober 2020, harga saham Fpgroup adalah RM1.07 seunit. Ini menjadikan P/E Ratio terkini adalah 35.43. Kalau kita membandingkan P/E Ratio nya terkini dengan P/E Ratio bagi tahun-tahun yang lepas (2017 sehingga 2020), P/E Ratio Fpgroup terkini adalah lebih tinggi daripada nisbah puratanya dalam 4 tahun yang lepas.

P/E Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 1.07 / RM 0.0302

= 35.43

11. P/B Ratio

Pada 30 Jun 2020, Fpgroup telah merekodkan 17.70 sen untuk aset bersih bagi sesaham. Ini menjadikan P/B Ratio terkininya bernilai 6.05. Kalau kita membandingkan dengan nisbah P/B Rationya untuk tahun-tahun yang lepas (2017 sehingga 2020), nilai P/B Ratio yang terkini adalah lebih tinggi daripada nilai puratanya untuk tempoh 4 tahun yang lepas.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 1.07 / RM 0.177

= 6.05

12. Kadar Dividen

Bagi tahun 2020, Fpgroup membayar 1.50 sen untuk  Dividend Per Share (DPS), pembayaran ini merupakan  peningkatan sebanyak 0.50 sen daripada 1.00 sen yang telah dibayar pada tahun 2017 sehingga2019.

Kadar dividen terkini untuk Fpgroup ialah 1.40%. Jika ia dibandingkan dengan kadar dividen untuk tahun-tahun yang lepas (2017 sehingga 2020), kadar dividen terkiniadalah lebih rendah daripada nilai puratanya selama empat tahun iaitu sebanyak 2.48%.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.015 / RM 1.07) x 100%

= 1.40%

Kesimpulan:

Secara kesimpulannya, :

Jadi, wajarkah kita melabur ke dalam saham Fpgroup? Tepuk dada, tanyalah selera.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share960ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In